Category Archives: Artikel Kesihatan

Tips Kawal Pemakanan Pada Hari Raya

Perayaan Hari Raya merupakan momen yang dinantikan oleh semua orang, di mana keluarga dan kenalan berkumpul untuk merayakan bersama dengan penuh kebahagiaan. Namun, pada masa yang sama, perayaan ini turut disertai dengan pengambilan pelbagai makanan yang tidak seimbang dan minuman yang tinggi gula yang dapat memberikan kesan buruk terhadap kesihatan dan kecergasan badan. Oleh yang […]

Prosedur & Rawatan Perubatan Di Bulan Ramadan

BATAL ATAU TIDAK PUASA? Puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.  Namun di kalangan pesakit, seringkali menjadi persoalan sama ada puasa mereka akan terbatal atau tidak sekiranya mereka mengambil ubat-ubatan atau menjalani rawatan semasa berpuasa. Bagi menyelesaikan kemusykilan, berikut adalah maklumat penting untuk mereka […]

Pengambilan Ubat Ketika Puasa

PUASA DAN UBAT Bagi mereka yang memerlukan rawatan atau ubat-ubatan ketika bulan puasa, ia bukanlah penghalang besar bagi mereka.  Pengubahsuaian cara pengambilan ubat-ubatan boleh dilakukan oleh pesakit. Pesakit juga harus peka terhadap tahap kesihatan diri dan perlu bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Perkara ini penting bagi mengelak sebarang kesan mudarat yang tidak […]

Stress dan Cara Atasinya

Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat. Umumnya tahap stres […]

Panduan Diet Thalassemia

Apa itu Thalassemia? Thalassemia merupakan satu penyakit genetik sel darah merah. Seseorang yang mempunyai penyakit ini menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah dan musnah dalam darah serta boleh menyebabkan keadaan kekurangan darah dalam badan (anemia). Saranan Keperluan Harian Zat Besi Sumber Makanan Zat Besi Sumber Haiwan Zat besi daripada sumber haiwan digelar sebagai Heme Iron. […]

Jaga Pemakanan Ketika Hamil

Tahukah anda, semua wanita yang merancang untuk hamil dan yang sedang hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Amalan pemakanan yang sihat adalah sangat penting bagi : Memastikan perkembangan janin yang sihat Mengekalkan kesihatan ibu Memenuhi keperluan nutrient ibu dan anak Memastikan penambahan berat badan yang sesuai Jadi, berapa berat badan yang periu ditambah sepanjang tempoh […]

Anemia Semasa Hamil & Tips untuk Mengatasi

Anemia merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi dalam kalangan ibu hamil. Mereka sering terasa penat dan lemah. Anemia adalah keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin (Hb). Pemeriksaan Hb secara berkala semasa mengandung adalah penting untuk memastikan paras Hb dalam keadaan normal. Anemia berlaku apabila Hb kurang daripada 11.0g/dL (pada trimester […]

Cara Penjagaan Kulit Berjerawat

Masalah jerawat boleh mempengaruhi sesiapa sahaja pada tahap apa pun dalam hidup mereka. Terdapat pelbagai produk penjagaan kulit dan kosmetik, nasihat serta tips dari sosial media mahupun dari pakar kecantikan kulit.Namun, apa sebenarnya langkah langkah penjagaan yang perlu untuk muka berjerawat?Jom fahami cara penjagaan kulitnwajah yang berjerawat. Wajib membersihkan muka dua kali sehari, setiap pagi […]

DIET KEGAGALAN DALAM TUMBESARAN & PERKEMBANGAN (FAILURE TO THRIVE)

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) menunjukkan bahawa 21.8% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut dalam tumbesaran. Masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak adalah merujuk kepada kegagalan mencapai standard tumbesaran yang normal atau boleh di kenali sebagai Failure to Thrive (FTT). Kegagalan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak atau FTT bermaksud kegagalan dalam perkembangan serta pertumbuhan fizikal […]

Manfaat DHA/Omega 3 untuk Perkembangan Minda Si Manja

Setiap Ibu bapa pasti ingin melihat cahaya mata mereka membesar dengan sihat dan sempurna dari sudut fizikal dan juga perkembangan minda mereka. Pengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting di awal usia mereka bagi memastikan tumbesaran yang baik serta tubuh badan yang sihat, bebas daripada risiko mendapat penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan […]