BATAL ATAU TIDAK PUASA?
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Namun di kalangan pesakit, seringkali menjadi persoalan sama ada puasa mereka akan terbatal atau tidak sekiranya mereka mengambil ubat-ubatan atau menjalani rawatan semasa berpuasa.
Bagi menyelesaikan kemusykilan, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami berkenaan status batal atau tidak batal puasa di bulan Ramadan jika menjalani prosedur dan rawatan perubatan mengikut mazhab Syafie dan berdasarkan kebanyakan/sebahagian ulama’ kontemporari:
MAZHAB SYAFIE (BERDASARKAN KAEDAH ASAS PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA DALAM MAZHAB)
1) Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan dan prosedur perubatan yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA ialah :
- Swab Test (Ujian Calitan) – Nasopharyngeal & Oropharyngeal Swab
- Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau mana-mana ubat sublingual
- Teeth Scaling (pembersihan karang gigi) & filling (rawatan gigi berlubang), exodontia (cabut gigi)
- Intravenous, Intramuscular & Subcutaneous Injection (suntikan cecair melalui salur darah, otot & kulit)
- Insulin Injection (suntikan insulin)
- Penggunaan krim, losyen & ubat sapu
- Mouth-Rinsing Gargle (ubat kumur) & Mouthwash (pencuci mulut)
- Biopsy Test (ujian biopsy)
- Nasal Spray (ubat semburan hidung)
- Prosedur Endoskopi: Salur Makanan – Laparoscopy
- Local & Regional Anaesthesia (Bius Setempat)
- Full/General Anaesthesia (Bius Penuh) : Tidak sedarkan diri sebahagian hari sahaja serta sempat niat untuk berpuasa pada malam sebelumnya
- Psychotropic Drug (Ubat Psikotropik/ Sedatif/Ubat Tidur) – Midazolam, Alprazolam, Triazolam, Zolpidem, Lorazepam, Diazepam (jika pesakit tidak sedarkan diri/tidur hanya sebahagian daripada hari sahaja)
- Electroconvulsive Therapy (ECT) (jika pesakit tidak sedarkan diri/tidur hanya sebahagian daripada hari sahaja)
- Memasukkan Suprapubic Catheter (Suprapubic Kateter)
- IV Drip Normal Saline
- Haemodialysis (Cuci Darah)
- Ambil Darah, Derma Darah, Pemindahan Darah
- Total Parenteral Nutrition (TPN), Central Parenteral Nutrition (CPN), Peripheral Parenteral Nutrition (PPN)
2) Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan dan prosedur perubatan yang MEMBATALKAN PUASA ialah :
- Ubat Biji/ Tablet/ Kapsul/Ubat Minum
- Ubat titis mata, titis telinga & cucian telinga
- Inhaler & Nebulizer (Ubat Sedut)
- Prosedur Endoskopi: Salur Makanan – Colonoscopy, Proctoscopy, Anoscopy, Sigmoidoscopy
- Prosedur Endoskopi: Salur Makanan – Oesophagus Duodenoscopy (OGDS) & Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP)
- Prosedur Endoskopi : Salur Kencing – Ureteroscopy, Cystoscopy
- Prosedur Endoskopi : Paru-Paru – Bronchoscopy
- Prosedur Endoskopi : Salur Faraj – Vaginoscopy, Hysteroscopy, Colposcopy
- Full/General Anaesthesia (Bius Penuh) : Tidak sedar langsung bermula daripada sebelum waktu Subuh sehingga masuk waktu Maghrib
- Intubation (Intubasi)
- Memasukan tiub/alat : Nasogastric Tube (tiub makanan/ubat), Urinary Catheter (tiub saluran kencing), Enema, Pessary (peranti mekanikal), Continuous Bladder Drainage [CBD] (beg air kencing)
- IV Drip Dextrose Saline
- IV Pitocin
- Peritoneal Dialysis (Cuci Darah)
- Vaginal & Speculum Examination (Pemeriksaan Vagina & Spekulum)
- Intrauterine Insemination (IUI) – Permanian Beradas
- Cervical / Pap smear
- Endometrial / Pipelle sampling
- Transvaginal Ultrasound
- Vaginal & Rectal Suppository (Ubat yang dimasukkan daripada vagina dan punggung)
- Barium Enema
KEBANYAKAN/ SEBAHAGIAN ULAMA’ KONTEMPORARI
1) Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan dan prosedur perubatan yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA ialah :
- Swab Test (Ujian Calitan) – Nasopharyngeal & Oropharyngeal Swab
- Inhaler & Nebulizer (Ubat Sedut)
- Ubat titis mata, titis telinga & cucian telinga
- Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau mana-mana ubat sublingual
- Teeth Scaling (pembersihan karang gigi) & filling (rawatan gigi berlubang), exodontia (cabut gigi)
- Intravenous, Intramuscular & Subcutaneous Injection (suntikan cecair melalui salur darah, otot & kulit)
- Insulin Injection (suntikan insulin)
- Penggunaan krim, losyen & ubat sapu
- Mouth-Rinsing Gargle (ubat kumur) & Mouthwash (pencuci mulut)
- Biopsy Test (ujian biopsy)
- Nasal Spray (ubat semburan hidung)
- Prosedur Endoskopi : Salur Makanan – Colonoscopy, Proctoscopy, Anoscopy, Sigmoidoscopy
- Prosedur Endoskopi : Salur Makanan – Laparoscopy
- Prosedur Endoskopi : Salur Kencing – Ureteroscopy, Cystoscopy
- Prosedur Endoskopi : Paru-Paru – Bronchoscopy
- Prosedur Endoskopi : Salur Faraj – Vaginoscopy, Hysteroscopy, Colposcopy
- Local & Regional Anaesthesia (Bius Setempat)
- Full/General Anaesthesia (Bius Penuh) – Tidak sedarkan diri sebahagian hari sahaja serta sempat niat untuk berpuasa pada malam sebelumnya
- Psychotropic Drug (Ubat Psikotropik/ Sedatif/Ubat Tidur) – Midazolam, Alprazolam, Triazolam, Zolpidem, Lorazepam, Diazepam (jika pesakit tidak sedarkan diri/tidur hanya sebahagian daripada hari sahaja)
- Electroconvulsive Therapy (ECT) – jika pesakit tidak sedarkan diri/tidur hanya sebahagian daripada hari sahaja)
- Intubation (Intubasi)
- Memasukan tiub/alat : Nasogastric Tube (tiub makanan/ubat), Urinary Catheter (tiub saluran kencing), Enema, Pessary (peranti mekanikal), Continuous Bladder Drainage [CBD] (beg air kencing)
- Memasukkan Suprapubic Catheter (Suprapubic Kateter)
- IV Drip Normal Saline
- IV Pitocin
- Haemodialysis (Cuci Darah)
- Peritoneal Dialysis (Cuci Darah)
- Ambil Darah, Derma Darah, Pemindahan Darah
- Vaginal & Speculum Examination (Pemeriksaan Vagina & Spekulum)
- Intrauterine Insemination (IUI) – Permanian Beradas
- Cervical / Pap smear
- Endometrial / Pipelle sampling
- Transvaginal Ultrasound
- Vaginal & Rectal Suppository (Ubat yang dimasukkan daripada vagina dan punggung)
- Barium Enema
2) Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan dan prosedur perubatan yang MEMBATALKAN PUASA ialah :
- Ubat Biji/ Tablet/ Kapsul/Ubat Minium
- Prosedur Endoskopi: Salur Makanan : Oesophagus Duodenoscopy (OGDS) & Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP)
- Full/General Anaesthesia (Bius Penuh) – Tidak sedar langsung bermula daripada sebelum waktu Subuh sehingga masuk waktu Maghrib
- IV Drip Dextrose Saline
- Total Parenteral Nutrition (TPN), Central Parenteral Nutrition (CPN), Peripheral Parenteral Nutrition (PPN)
Sumber Rujukan :
1) Jabatan Pematuhan Syariah, SASMEC @IIUM. 2022
2) Kementerian Kesihatan Malaysia