Stress dan Cara Atasinya

Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat. Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.

Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit. Jadi, apakah cara untuk mengatasi gejala ini? Berikut merupakan cara-cara mengatasi stres:

Cara-cara Mengatasi Stres

  1. Pemakanan yang betul

Pemakanan yang betul dan mengikut masa membantu dalam memberikan tenaga bagi menghadapi aktiviti seharian. Justeru, pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan tubuh badan kita seperti protein, vitamin, asid folik dan mineral.

2. Bertenang

Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

3. Berehat

Tidur dan rehat yang cukup amat penting terhadap kesihatan mental dan fizikal. Selepas bekerja seharian, pastikan tubuh anda mendapat rehat yang sewajarnya. Mendengar muzik, melakukan hobi atau mengambil masa bersendirian untuk merehatkan minda dari kerja yang lelah akan membantu kita pada jangka masa yang panjang. Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda  berasa tenang.

4. Berinteraksi dengan keluarga dan rakan

Sebagai seorang manusia wajarlah kita memerlukan sokongan daripada insan lain. Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda minda. Malah, kita juga dapat berkongsi dan meluahkan masalah agar dapat membina semula pandangan positif terhadap sesuatu. Ingatlah untuk menyayangi diri dan menanamkan minda yang positif. 

5. Beribadat

Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

Leave a Reply