Masalah jerawat boleh mempengaruhi sesiapa sahaja pada tahap apa pun dalam hidup mereka. Terdapat pelbagai produk penjagaan kulit dan kosmetik, nasihat serta tips dari sosial media mahupun dari pakar kecantikan kulit.Namun, apa sebenarnya langkah langkah penjagaan yang perlu untuk muka berjerawat?Jom fahami cara penjagaan kulitnwajah yang berjerawat.
Wajib membersihkan muka dua kali sehari, setiap pagi dan malam agar liang pori tidak tersumbat.Bakteria berkumpul pada kulit anda ketika anda tidur pada waktu malam, jadi anda perlu mencucinya pada waktu pagi.Manakala, di malam hari kita harus membersihkan semua kesan solek, minyak, kotoran, dan apa sahaja pencemaran alam sekitar yang mungkin melekat di wajah anda semasa perjalanan harian anda.
Pilihlah pembersih muka ringan tanpa banyak bahan dan pewangi.Ketika memilih pembersih muka yang sesuai untuk kulit berjerawat, pastikan kandungannya ringan.Pastikan juga ia mengandungi bahan aktif penghalang jerawat seperti benzoil peroxide yang akan membantu kita menghalang dan menghentikan jerawat sebelum ia berlaku.
Pemilihan krim anti-jerawat bergantung kepada jenis jerawat yang yang timbul.
Seperti pembersih, pelembap tidak semestinya mahal atau dipenuhi dengan bahan-bahan mewah.
Lebih penting lagi, cari pelembap yang bukan komedogen iaitu ia tidak akan menyumbat liang pori anda yang menyebabkan timbulnya jerawat.Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, pelembap berlabel “ringan” mungkin yang terbaik untuk mengelakkan rasa berminyak.
Tidak cukup tidur juga boleh menyebabkan kulit anda lebih mudah dijangkiti jerawat.Ini adalah kerana jika tubuh dalam keadaan yang penat ia mudah melepaskan sebatian keradangan.Ia menyebabkan ‘breakout‘ atau memburukkan lagi jerawat.
Solekan boleh menyebabkan membentuk jerawatnya sendiri .Keadaan ini biasanya muncul di dagu, pipi, atau dahi.Bagi memastikan rutin solek anda mesra kulit, pastikan untuk:
- Memilih produk berlabel “noncomedogenic” atau “bebas minyak.”
- Sentiasa basuh tangan anda sebelum menggunakan produk solek atau penjagaan kulit.
- Sentiasa tanggalkan solek anda sebelum tidur atau bersenam.
- Basuh berus solek dan span setiap minggu.
Kesimpulan
Semasa membersihkan muka, perhatikan apa yang anda pakai di wajah anda seperti pembersih, pelembap, dan jenis mekap.Ambil kira kebersihan tangan atau berus dan span bedak.Sekiranya anda telah mencuba beberapa jenis rawatan untuk jerawat anda dan tidak ada yang berkesan, buat janji temu dengan pakar dermatologi.