Category Archives: Artikel Kesihatan

Rawatan & Cara Mengatasi Jerawat

Jerawat adalah satu kondisi kulit yang kebiasaannya dialami oleh seseorang apabila meningkat ke usia remaja. Jerawat bukanlah satu masalah kesihatan yang serius. Namun, ianya boleh memberi impak dari segi psikososial seseorang. Jerawat terjadi apabila folikal rambut di kulit dipenuhi minyak dan sel-sel kulit yang mati yang membentuk benjolan dipanggil comedones. Antara kawasan yang biasanya ditumbuhi […]

Tips Pengambilan Vitamin C

Tahukah anda, pengambilan vit C berlebihan secara berterusan boleh memudaratkan kesihatan.   Berapa banyak vitamin C yang saya perlu ambil sehari ? Apakah sumber vitamin C ? Adakah keperluan vitamin C berbeza mengikut peringkat umur ? Sekiranya soalan-soalan ini bermain di fikiran anda, anda boleh tonton sesi Live kami pada Rabu ini, 19 Januari 2022. […]

Vitamin D & COVID-19

Kekurangan Vitamin D adalah menjadi kebiasaan namun ia selalu dikaitkan dengan kesan buruk kepada kesihatan. Merzon dan rakannya telah menjalankan kajian mengenai interaksi antara Vitamin D dan risiko terhadap COVID-19. Kajian menunjukkan pesakit covid-19 yang berada di hospital dan mempunyai kandungan Vitamin D yang cukup menunjukkan penurunan ketara berbanding mendapat kesan yang lebih teruk disebabkan […]

Diet Untuk Pesakit Kanser

Setiap orang perlukan makanan yang seimbang bagi memenuhi segala keperluan nutrien. Begitu juga dengan pesakit kanser. Pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat oleh pesakit kanser. Ini adalah kerana kanser dan jenis rawatan yang diambil akan meningkatkan keperluan nutrient badan. Corak pengambilan makanan juga biasanya akan terganggu akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan semasa perawatan kanser. Oleh […]

Migrain : Faktor & Rawatan

Apa Itu Migrain ? Migrain merupakan salah satu jenis sakit kepala yang berlaku secara berulang dan kebiasaannya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada […]

Cegah Obesiti Di Tahun Baru

1 daripada 2 rakyat Malaysia gemuk !   Tahukah anda, Malaysia dianggap sebagai negara bukan sihat memandangkan jumlah rakyatnya yang menghidapi penyakit jantung dan obesiti adalah tinggi.   Adakah anda tergolong di dalam golongan yang mempunyai masalah obesiti ?Daripada luaran, obesiti ini kebiasaannya dilihat sebagai masalah kegemukan atau terlebih berat badan saja. Namun, hakikatnya ia […]

Batuk Kering atau Batuk Kahak ?

Apakah batuk merupakan suatu penyakit yang berbahaya ? Adakah batuk berkahak merupakan batuk yang sama dengan batuk kering ? Batuk merupakan salah satu tindak balas reflex tubuh badan untuk melegakan tekak dan membersihkan saluran pernafasan dan tidak membahayakan. Akan tetapi, jika batuk yang dialami itu berlarutan, ianya akan mendatangkan beberapa masalah kesihatan. Batuk terbahagi kepada […]

Derita Sakit Sendi

Apa itu osteoartritis ? Osteoartritis (OA) merupakan sakit sendi yang kerap ditemui terutama pada golongan warga emas. Ia adalah kerosakan kepada tisu penyambung atau dikenali sebagai tulang rawan yang bertindak menutupi penghujung tulang-tulang. Seiring dengan forktor usia yg semakin meningkat, penghasilan tulang rawan ini semakin berkurang dan seterusnya menyebabkan ia menjadi haus. Fungsi tulang rawan […]

Apa itu Sindrom Ovarium Polisistik (PCOS)? (Bhg.2)

PCOS atau Sindrom Ovarium Polisistik mungkin tiada penawar dan tidak boleh sembuh tetapi terdapat beberapa pilihan rawatan untuk mengurus PCOS. Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mengamalkan pemakanan yang seimbang beserta senaman berkala (30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu) dapat membantu menurunkan bacaan insulin dan seterusnya membantu dalam penurunan berat badan. Wanita PCOS […]