Anemia Semasa Hamil & Tips untuk Mengatasi

Anemia merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi dalam kalangan ibu hamil. Mereka sering terasa penat dan lemah. Anemia adalah keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin (Hb). Pemeriksaan Hb secara berkala semasa mengandung adalah penting untuk memastikan paras Hb dalam keadaan normal. Anemia berlaku apabila Hb kurang daripada 11.0g/dL (pada trimester 1) dan kurang daripada 10.5g/dL (pada trimester 2 & 3). Jika ia teruk dan tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko komplikasi serius. Maka, kita perlu tahu atau mengambil cakna tentang gejala, punca dan rawatan anemia semasa hamil.

Gejala Anemia

Faktor terjadinya Anemia

Semua ibu hamil berisiko untuk menjadi anemia disebabkan oleh beberapa faktor seperti mengandung kembar, jarak kehamilan yang rapat, muntah banyak (morning sickness), tidak makan makanan cukup zat besi atau mengalami anemia sebelum hamil.

Apa kaitan zat besi, folat dan vitamin B12 dalam menentukan paras Hb seseorang individu?
  1. Kekurangan Zat Besi

Anemia juga boleh berlaku apabila badan tidak mempunyai zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan jumlah hemoglobin (Hb) yang mencukupi. Hb merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. Namun, apabila kekurangan zat besi, maka darah tidak dapat membawa oksigen yang mencukupi ke tisu di seluruh badan.

2. Kekurangan Folat

Folat merupakan sejenis vitamin yang terdapat secara semulajadi dalam sayur hijau. Ia berfungsi untuk menghasilkan sel-sel baru termasuklah sel darah merah yang sihat. Jika berlaku kekurangan folat, badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk mengangkut oksigen ke tisu di seluruh badan. Di samping itu, kekurangan folat juga boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran seperti keabnormalan tiub saraf atau neural tube defects (NTDs) dan lahir kurang berat. Seringkali terdengar ibu hamil mengamalkan suplemen asid folik sebagai folat tambahan kerana folat daripada makanan sahaja tidak mencukupi.

3. Kekurangan Vitamin B12

Selain daripada zat besi dan folat, kekurang vitamin B12 juga boleh menyebabkan berlakunya anemia. Hal ini kerana, badan memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Sesetengah ibu hamil mengalami alahan yang menyebabkan mereka tidak boleh makan ayam, daging, produk tenusu dan telur yang mengandungi vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 bukan sahaja menyebabkan anemia, malah ia boleh menyebabkan bayi lahir pra matang dan keabnormalan tiub saraf. Tidak dinafikan juga, kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan bayi juga boleh menyebabkan anemia.

Tips untuk Mengatasi Anemia

Kesimpulan

Secara kesimpulan, anemia mungkin berlaku disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. Oleh itu, ibu hamil perlu mengamalkan diet yang lengkap dan sihat bagi mengelakkan daripada berlaku anemia semasa hamil. Semoga artikel kali ini dapat membantu ibu di luar sana!

Leave a Reply