Setiap Ibu bapa pasti ingin melihat cahaya mata mereka membesar dengan sihat dan sempurna dari sudut fizikal dan juga perkembangan minda mereka. Pengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting di awal usia mereka bagi memastikan tumbesaran yang baik serta tubuh badan yang sihat, bebas daripada risiko mendapat penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan sebagainya di kemudian hari.
Oleh itu, Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan makanan yang padat nutrisi secukupnya semasa perkembangan awal anak-anak. Menurut kajian, aspek perkembangan minda anak-anak pada usia 3 tahun pertama adalah sangat penting dalam mencorakkan fungsi kognitif dan perkembangan memori mereka. Sebab itulah penting untuk memastikan pada 3 tahun pertama inilah anak-anak mendapat semua nutrien yang tepat untuk membesar dengan kuat dan cerdas.
Salah satu nutrien paling penting pada usia ini ialah DHA. Saya pasti ibubapa sudah lazim mendengar tentang apa itu DHA dan fungsinya kepada otak si manja di dalam kaca televisyen.DHA ialah komponen utama tisu otak yang sangat diperlukan untuk fungsi otak dalam pemprosesan mental dan perkembangan psikomotor yang lebih baik.
DHA atau nama saintifiknya,asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita dan perlu didapati dari sumber makanan. Antara makanan yang kaya dengan omega 3 ialah ikan salmon, tuna, makerel, walnut, sardin, ikan bilis dan lain-lain lagi.
Selain daripada sumber makanan yang disebut diatas, sekarang sudah banyak supplemen-supplemen Omega 3-DHA yang dijual di pasaran dalam pelbagai bentuk dan rasa diformulasi khas sesuai dengan usia kanak-kanak. Jom kita tengok beberapa contoh vitamin Omega 3 -DHA dijual di farmasi beserta kandungan DHA yang terdapat di dalamnya.
Di samping kepelbagaian jenis-jenis Vitamin Omega 3 -DHA yang dijual, persoalannya berapakah saranan pengambilan Omega 3 DHA perlu diambil mengikut kategori umur kanak-kanak?
Menurut Food and Agriculture Organization of The United Nations 2010 saranan pengambilan adalah seperti dibawah:
Walaubagaimanapun, pengambilan supplement Omega 3-DHA untuk anak-anak hanyalah sebagai tambahan dan sokongan sahaja dan tidak seharusnya menjadi kewajipan kepada setiap ibubapa untuk diberi kepada anak-anak mereka. Makanan yang sihat dan berkhasiat, kaya dengan pelbagai nutrisi sepatutnya menjadi kunci utama dalam membesarkan anak-anak dengan sihat dan sempurna.
Akhir kata, jika anda ragu-ragu tentang pemilihan vitamin Omega 3-DHA yang sesuai untuk anak-anak anda, anda boleh dapatkan nasihat dan konsultasi khas daripada Dietitian kami di seluruh cawangan Gpharmax menerusi pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram , Whatsapp dan juga Tik Tok.