Tahukah anda, semua wanita yang merancang untuk hamil dan yang sedang hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Amalan pemakanan yang sihat adalah sangat penting bagi :
- Memastikan perkembangan janin yang sihat
- Mengekalkan kesihatan ibu
- Memenuhi keperluan nutrient ibu dan anak
- Memastikan penambahan berat badan yang sesuai
Jadi, berapa berat badan yang periu ditambah sepanjang tempoh kehamilan ?
Jumlah penambahan berat badan untuk setiap ibu hamil adalah berbeza-beza bergantung pada BMI mereka sebelum hamil. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk mengetahui jumlah peningkatan berat badan yang disarankan mengikut BMI.
Peringatan
Sila pantau kenaikan berat badan anda, pastikan peningkatan mengikut seperti yang disarankan oleh Bahagian Pemakanan KKM.
Apakah kesan peningkatan berat badan KURANG dari yang disarankan ?
- Ibu tidak mendapat nutrient yang secukupnya
- Risiko bayi lahir dengan masalah kurang berat lahir (LBW)
- Bayi LBW risiko mempunyai masalah tumbesaran seperti bantut
Apakah kesan peningkatan berat badan LEBIH dari yang disarankan ?
- Risiko kencing manis sewaktu kehamilan (GDM)
- Risiko hipertensi atau masalah kesihatan lain
- Sukar kembali ke berat badan asal sebelum hamil
Masalah Yang Sering Dialami Oleh Ibu Hamil
Lactose Intolerance
- Cuba minum susu yang rendah laktosa
- Minum susu soya/produk kekacang soya/susu lembu tanpa laktosa
- Elak semua makanan yang mengandungi laktosa
Loya (Morning Sickness)
- Makan sikit tapi kerap
- Kunyah perlahan-lahan untuk mengelakkan ketidakhadaman
- Elakkan baring selepas makan
- Elakkan pengambilan makanan pedas dan berminyak yang menyebabkan ibu mudah muntah. Minuman berkafein juga tidak baik untuk ibu hamil. Untuk kesegaran tambahkan halia, lemon atau asam di dalam minuman dan minum banyak air kosong
Sembelit
- Minum banyak air
- Ambil makanan yang tinggi serat
- Kekal aktif (meransang pergerakan usus)