Apa itu Thalassemia?
Thalassemia merupakan satu penyakit genetik sel darah merah. Seseorang yang mempunyai penyakit ini menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah dan musnah dalam darah serta boleh menyebabkan keadaan kekurangan darah dalam badan (anemia).
Saranan Keperluan Harian Zat Besi
Sumber Makanan Zat Besi
Sumber Haiwan
Zat besi daripada sumber haiwan digelar sebagai Heme Iron. Heme Iron mudah diserap oleh badan.
Contoh: Organ dalaman, kerang, , daging lembu, ayam
Sumber Tumbuhan
Zat besi sumber tumbuhan dikenali sebagai Non Heme Iron. Penyerapan Non Heme Iron oleh badan adalah lebih rendah berbanding Heme Iron.
Contoh: Kekacang, bijirin, tofu, buah buahan kering
Panduan Pemakanan Pesakit Thalassemia
1) Kurangkan pengambilan makanan tinggi ZAT BESI dan yang diperkaya ZAT BESI
2) Elakkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan penyerapan zat besi seperti buah-buahan tinggi Vitamin C (contohnya jambu batu, oren, betik) bersama dengan makanan tinggi zat besi
3) Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi seperti:
- Tannins & Polyphenols (contoh: teh, kopi dan koko)
- Kalsium (contoh: susu dan produk tenusu)
- Phytates (contoh: kumpulan legum dan whole grains)
4) Elakkan guna peralatan memasak yang dibuat dari besi kerana boleh dipindah ke dalam makanan
5) Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang yang sihat
6) Tingkatkan pengambilan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan mengekalkan kesihatan tulang
7) Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Seimbang Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia
8) Membaca label kandungan nutrient semasa memilih makanan untuk mengetahui maklumat berkaitan nutrien lain seperti jumlah kandungan zat besi, kalsium, vitamin D dan sebagainya.