Vitamin D & COVID-19

Kekurangan Vitamin D adalah menjadi kebiasaan namun ia selalu dikaitkan dengan kesan buruk kepada kesihatan. Merzon dan rakannya telah menjalankan kajian mengenai interaksi antara Vitamin D dan risiko terhadap COVID-19.

Kajian menunjukkan pesakit covid-19 yang berada di hospital dan mempunyai kandungan Vitamin D yang cukup menunjukkan penurunan ketara berbanding mendapat kesan yang lebih teruk disebabkan oleh COVID-19. Mereka juga mempunyai risiko kematian yang rendah berbanding pesakit yang mempunyai tahap Vitamin D yang rendah dalam badan.

Terdapat beberapa pendapat daripada kajian yang dijalankan mengenai manfaat vitamin D di mana ia dapat menjaga imuniti badan pesakit dengan mengurangkan kandungan virus pada pesakit yang terdedah kepada SARS-CoV-2 dan seterusnya dijauhi daripada kesan yang lebih buruk disebabkan oleh interaksi imun badan terhadap virus tersebut.

Orang yang mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi (≥ 30 ng/mL) mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mendapat penyakit yang berbahaya (63.6%) berbanding orang yang mempunyai tahap vitamin D yang tidak mencukupi (77,2%; P = .02), dan orang dengan tahap yang vitamin D yang rendah (1.3% vs 8.2%, respectively; P = .03). Namun begitu, tiada perbezaan dari segi jangka masa tinggal di hospital atau unit penjagaan rapi (ICU) bagi pesakit yang mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi ataupun tidak

Berapakah kandungan Vitamin D yang saya perlu ambil ?

Kandungan vitamin D di dalam darah adalah disarankan sekurang-kurangnya 40 ng/mL untuk mendapat kesan menjaga dan memperkuat sistem ketahanan badan yang optimum daripada vitamin D. Fungsi anti-radang daripada vitamin D menjelaskan peranan pertahanan vitamin D terhadap tindak balas imun yang kuat di kalangan pesakit COVID-19 yang mendapat simptom yang teruk.

Kekurangan vitamin D dalam badan juga dikaitkan dengan tinggi tahap CRP (C-reactive protein) dalam darah yang menunjukkan pesakit mempunyai keradangan di dalam badan dan bilangan sel darah putih yang rendah untuk melawan jangkitan yang dihadapi oleh pesakit.

Maghbooli dan rakannya juga turut bersetuju dengan garis panduan dari Endocrine Society yang menyarankan tahap vitamin D dalam darah berada sekurangnya 30 ng/mL untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan dan seterusnya kepada pesakit COVID-19 terutamanya yang berada di hospital.

Konklusinya, kita adalah disarankan untuk mengambil supplemen Vitamin D yang mencukupi untuk badan kita bagi mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik dan seterusnya menjauhkan diri kita dari mendapat sebarang penyakit yang lebih serius pada masa akan datang.

Leave a Reply