PCOS atau Sindrom Ovarium Polisistik mungkin tiada penawar dan tidak boleh sembuh tetapi terdapat beberapa pilihan rawatan untuk mengurus PCOS. Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mengamalkan pemakanan yang seimbang beserta senaman berkala (30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu) dapat membantu menurunkan bacaan insulin dan seterusnya membantu dalam penurunan berat badan. Wanita PCOS […]
Tag Archives: hormon wanita
Polycystic Ovary Syndrome atau Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) adalah masalah ketidakseimbangan hormon yang paling biasa berlaku dalam kalangan wanita, di mana melibatkan sehingga 10% wanita dalam usia reproduktif mereka. Ketidakseimbangan hormon ini menyebabkan pesakit PCOS mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Pesakit PCOS mempunyai tahap hormon androgen (hormon lelaki) yang lebih tinggi berbanding wanita normal. […]
Bagi si ibu yang baru melahirkan anak, adalah amat penting bagi mereka dalam merancang kehamilan yang seterusnya; terutama bagi mereka yang bersalin melalui proses pembedahan. Hal ini bagi memastikan badan si ibu mendapat rehat yang secukupnya, di samping memberi ruang kepada luka dalaman mereka untuk sembuh. Terdapat pelbagai kaedah merancang kehamilan yang boleh dilakukan seperti […]
Faraj atau dikenali sebagai vagina merupakan organ yang sangat penting dan luar biasa bagi wanita. Malah, organ ini juga memiliki jutaan microorganisma yang membantu dalam menjaga keseimbangan pH vagina untuk melindungi organ ini daripada pelbagai jangkitan dan penyakit lain. Sekiranya keseimbangan ini terganggu, ia boleh menyebabkan kepada keradangan pada organ faraj yang selalunya disebut sebagai […]