Apa Itu Migrain ?
- Migrain merupakan salah satu jenis sakit kepala yang berlaku secara berulang dan kebiasaannya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja.
- Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
- Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja.
Punca dan Faktor Pencetus Migrain
Sehingga kini, punca migrain masih belum dikenal pasti. Namun, migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor-faktor pencetus seperti berikut:
- Makanan dan minuman seperti kopi, coklat, teh, alkohol, keju, yogurt serta kekacang.
- Persekitaran yang bising, asap rokok dan cahaya terang.
- Ubat-ubatan termasuk pil perancang kehamilan, ubat tidur dan pil hormon.
- Psikologikal seperti kemurungan, tekanan perasaan dan cemas.
Apakah Gejala Migraine?
Gejala migrain boleh dibahagikan kepada beberapa fasa, tetapi tidak semua pesakit mengalami kesemua fasa-fasa tersebut.
Apakah Cara-Cara untuk Merawat dan Mencegah Migrain?
Ubat-ubatan:
- Ubat tahan sakit seperti paracetamol (Panadol) dan ubat-ubat anti-radang tanpa steroid (NSAIDs) seperti mefenamic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren) dan naproxen (Naprosyn).
- Ubat khusus bagi penyakit migraine seperti Caffergot atau Caffox yang mengandungi ergot alkaloid dan kafein, pizotifen, flunarizine serta sumatriptan.
- Ubat pening atau tahan muntah seperti prochlorperazine dan metoclopramide.
- Ubat-ubat lain untuk mencegah atau mengurangkan serangan migraine seperti ubat anti-epileptik (sawan), ubat darah tinggi dan ubat anti-depressant (kemurungan). Namun, ubat-ubat pencegah migraine ini hanya boleh diberi kepada pesakit setelah diperiksa oleh doktor.