Artikel Kesihatan
Diet Untuk Pesakit Kanser
Setiap orang perlukan makanan yang seimbang bagi memenuhi segala keperluan nutrien. Begitu juga dengan pesakit kanser. Pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat oleh pesakit kanser. Ini adalah kerana kanser dan jenis rawatan yang diambil akan meningkatkan keperluan nutrient badan. Corak pengambilan makanan juga biasanya akan terganggu akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan semasa perawatan kanser. Oleh itu, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan adalah penting dan boleh membuat anda rasa lebih sihat dan bertenaga ! Jom sertai sesi live kami pada petang Rabu, 12 Januari bersama Encik Amirul Fahmie, Dietitian Farmasi Gpharmax Jabi. Dietitian Fahmie akan mengupas topik Diet Untuk Pesakit Kanser dengan lebih mendalam. Anda boleh tanya soalan secara live tau !