Derita Sakit Sendi

Apa itu osteoartritis ?

Osteoartritis (OA) merupakan sakit sendi yang kerap ditemui terutama pada golongan warga emas. Ia adalah kerosakan kepada tisu penyambung atau dikenali sebagai tulang rawan yang bertindak menutupi penghujung tulang-tulang. Seiring dengan forktor usia yg semakin meningkat, penghasilan tulang rawan ini semakin berkurang dan seterusnya menyebabkan ia menjadi haus. Fungsi tulang rawan adalah untuk menyerap hentakan dan juga bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan antara dua permukaan sendi. Selain faktor usia, golongan dewasa yang masih muda juga tidak terkecuali daripada berisiko mendapat penyakit ini. Contohnya kecederaan sendi yang dialami daripada bersukan atau kemalangan. Antara faktor risiko lain adalah wanita, obesiti, kecacatan tulang dan penyakit metabolik tertentu seperti kencing manis. Berat yang berlebihan akan membebankan sendi-sendi badan. Tisu lemak menghasilkan protein yang boleh menyebabkan keradangan di sekeliling sendi.

Kerosakan tulang rawan menyebabkan tulang bergesel sesama sendiri, sakit sendi apabila bergerak dan menyebabkan kesukaran untuk bergerak

Apakah rawatan untuk penyakit OA ?

Penyakit OA tiada penawar, akan tetapi simptom-simptom penyakit ini boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat atau  bukan ubat.

Kebiasaannya pesakit OA akan diberi ubat tahan sakit dan anti-radang bagi melegakan kesakitan dan melegakan keradangan. Ubat tahan sakit ini boleh didapati dalam bentuk pil, krim dan tampalan. Ubat-ubat ini boleh didapati secara ‘over the counter’ (OTC) seperti Tablet Paracetamol, ubat-ubatan dibawah pengawasan ahli Farmasi tanpa memerlukan preskripsi dari doktor dan ubat-ubatan yang boleh didapati dengan adanya prekripsi dari doktor di farmasi komuniti berdekatan. Selain pengambilan ubat tahan sakit, terapi tanpa ubat juga membantu mengurangkan simptom penyakit.

Apakah terapi tanpa ubat ?

Suplemen untuk Osteoartitis

Selain itu, terdapat beberapa suplemen semulajadi  yg dapat membantu mengurangkan simptom-simptom OA. Antaranya adalah Glukosamin, Kondroitin dan Kunyit. Suplemen ini membantu melegakan kesakitan dan mengurang kekakuan kepada sendi-sendi. Ianya boleh didapati di farmasi komuniti yang berdekatan.

 Antara suplemen OA yang terdapat di Farmasi adalah Glukosamin sahaja, Glukosamin Bersama Kondroitin, Glukosamine Bersama Kondroitin dan Methylsulfonylmethane (MSM), Ekstrak Saderi, Ekstrak Kunyit dan Asid Hyaluronik .

1. Glukosamin

Glukosamin adalah struktur tulang rawan. Ia dihasilkan secara semulajadi oleh badan manusia. Ianya terdapat di dalam bendalir di sekeliling sendi. Glukosamin terdapat dalam pelbagai bentuk seperti Glukosamin sulfat dan Glukosamin Hidroklorida. Kebiasaan Glukosamin sulfat digunakan untuk kajian dan suplemen. Ia berfungsi membina dan memulihkan tulang rawan, meningkatkan penghasilan dan kepekatan cecair di sekililing sendi, dan juga mempunyai sifat anti radang. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan sampingan ke atas penghidap kencing manis iaitu ia boleh meningkatkan kerintangan insulin dalam badan, seterusnya menyebabkan paras gula di dalam badan yang tidak terkawal. Kajian klinikal juga menunjukkan Glukosamin mempunyai interaksi dengan ubat cair darah seperti Warfarin. Oleh itu, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan suplemen berasaskan Glukosamin perlu mendapat nasihat terlebih dahulu daripada doctor yang merawat atau ahli farmasi. Untuk membantu merawat OA, 1500 mg sekali sehari atau 500 mg tiga kali sehari, sama ada sendiri atau bersama-sama dengan 400 mg kondroitin sulfat dua atau tiga kali sehari, boleh digunakan sehingga 3 tahun. Glukosamin sulfat 750 mg dua kali sehari dalam kombinasi dengan ekstrak kunyit 500 mg dua kali sehari digunakan selama 6 minggu.

2. Kondroitin

Kondroitin juga merupakan struktur tulang rawan. Ia berfungsi sebagai anti radang dan berupaya mengurangkan sakit sendi. Kajian klinikal juga menunjukkan Kondroitin sahaja atau diambil bersama Glukosamin adalah lebih baik daripada plasebo dalam mengurangkan kesakitan kepada pesakit OA. Ia juga berfungsi memperlahankan kerosakan tulang dan merangsang pertumbuhan tulang rawan yang baru. Methylsulfonylmethane(MSM) pula merupakan sebatian yang mengandungi Sulfur yang terdapat secara semulajadi pada tumbuhan, haiwan dan juga manusia. MSM berfungsi sebagai anti radang, membantu mengurangkan sakit-sakit sendi dan sendi mengeras sehingga menyukarkan pergerakan. Kajian menunjukkan sifat anti radang MSM adalah dengan merencatkan penghasilan protein yang terlibat dan proses keradangan dan juga ia membantu meningkatkan paras Glutathione, iaitu antioksida. Selain itu, kajian juga menunjukkan ia mempercepatkan proses pemulihan selepas bersukan dgn mengurangkan kerosakan otot.

3. Ektrak Saderi & Kunyit

Selain daripada suplemen semulajadi yang dibincangkan di atas, ekstrak saderi dan kunyit juga mampu membantu merawat OA kerana sifat anti radang mereka. Ekstrak saderi diuji secara klinikal untuk menguji keberkesanan sifat anti radang dan tahan sakitnya. Ekstrak saderi mempunyai kesan anti radang dan tahan sakit yang sama dengan Non-steroidal anti-inflammatory drug (NSAID) iaitu sejenis kumpulan ubat tahan sakit, tetapi tidak menyebabkan kesan sampingan yang sama seperti NSAID. Ia juga mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem penghadaman. Dos yang dicadangkan adalah antara 200-400 mg/hari. Ekstrak kunyit mempunyai kesan anti radang, antioksida, antibakteria dan anti kulat. Ia bertindak menyeimbangkan proses pembentukan dan kerosakan tulang rawan. Bahan aktif di dalam ekstrak kunyit dipanggil Curcumin. Curcumin agak  sukar diserap di dalam badan, oleh itu tambahan lada hitam dapat meningkatkan penyerapan kunyit di dalam darah. Lada hitam juga mempunyai sifat anti radang. Oleh itu, ia memberikan kesan anti radang yang berlipat ganda. Dos 500mg kapsul 2 kali sehari. Dos kunyit yang tinggi boleh bertindak sebagai cair darah dan menyebabkan gangguan perut. Elakkan kunyit  jika anda mengambil ubat cair darah seperti Warfarin, akan menjalani pembedahan, atau hamil.

4. Asid Hyaluronik

Asid hyaluronik(HA) adalah bahan seperti gel yang secara semulajadi terdapat di seluruh tubuh manusia. Ia terdapat pada sendi yang mempunyai beberapa fungsi, termasuk sebagai pelincir, pertumbuhan tulang  rawan dan tulang berserta bersifat anti radang. . Asid hyaluronik mengikat dengan baik pada air, menghasilkan konsistensi seperti jeli yang likat. Cecair likat ini memberikan pelinciran dan juga bertindak sebagai penyerap kejutan di dalam sendi. Selain itu, asid hyaluronik membantu pertumbuhan dan perkembangan tulang rawan dan tulang sendi dengan mempromosikan pertumbuhan sel dan tisu baru. Dos bagi HA adalah 80mg 3 kali sehari. Kajian klinikal menghadkan pengambilan HA untuk tidak melebihi 240mg/hari.

 

Kesimpulannya, pelbagai rangkaian produk membantu merawat OA terdapat di Farmasi. Ada yang  mengandungi satu bahan aktif dan ada juga terdapat gabungan beberapa bahan aktif. Sila dapatkan konsultasi daripada ahli farmasi sebelum membuat sebarang pembelian produk-produk ini.

Leave a Reply