KEBERSIHAN WANITA: AWASI KEGATALAN PADA BAHAGIAN FARAJ

Faraj atau dikenali sebagai vagina merupakan organ yang sangat penting dan luar biasa bagi wanita. Malah, organ ini juga memiliki jutaan microorganisma yang membantu dalam menjaga keseimbangan pH vagina untuk melindungi organ ini daripada pelbagai jangkitan dan penyakit lain. Sekiranya keseimbangan ini terganggu, ia boleh menyebabkan kepada keradangan pada organ faraj yang selalunya disebut sebagai vaginitis.

Pelbagai 3 jenis vaginitis yang sering berlaku pada wanita; antaranya ialah:

  • Bakteria vaginosis adalah keadaan dimana ketidakseimbangan bakteria normal di faraj.
  • Trikominasis adalah jangkitan parasit di faraj yand selalunya disebabkan oleh aktiviti seks.
  • Vagina candidiasis adalah jangkitan kulat di faraj.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada vaginitis ini adalah:

  1. Faktor kebersihan

Wanita dinasihatkan untuk sentiasa membersihkan faraj dengan air bersih serta memastikan ia sentiasa kering selepas melakukan aktiviti seksual atau membuang air kecil. Hal ini kerana kelembapan pada bahagian tersebut akan mengalakkan pertumbuhan dan jangkitan microorganisma seperti kulat atau bakteria.

  • Faktor hormon

Gangguan kepada keseimbangan pada hormon dalam tubuh juga boleh menyebabkan kepada penyakit vaginitis ini. Wanita yang menopaus, mengambil pil perancang atau antibiotik terdedah kepada masalah ini.

  • Faktor gaya hidup

Wanita yang sering mengamalkan gaya seksual yang tidak sihat seperti aktiviti seksual rambang yang mempunyai lebih daripada satu pasangan adalah lebih cenderung kepada masalah ini.

  • Faktor kesihatan

Wanita yang menghidapi penyakit seperti HIV, barah leukemia, kencing manis juga berisiko untuk mendapatkan jangkitan ini.

Gejala-gejala jangkitan vaginitis:

  • Keputihan yang tidak normal atau berlebihan
  • Kegatalan pada bahagian faraj
  • Sakit ketika melakukan hubungan intim
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Berlaku pendarahan di vagina

Langkah-langkah untuk mencegah kepada vaginitis:

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Penggunaan cecair pembersih intim yang tidak memberi kesan alergi dan mempunyai pH 4.2-5.6.
  • Sentiasa menukar tuala wanita semasa haid.
  • Menggunakan pelapik seluar dalam apabila perlu sahaja.
  • Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.