VITAMIN C SAYA CUKUP KE ?

Berapa banyak sebenarnya yang saya perlu makan? 

Tahukah anda, Vitamin C juga dikenali dengan nama asid askorbik. Ia adalah sejenis vitamin larut air. Vitamin ini tidak di simpan dalam badan dalam jumlah yang banyak dan sebarang lebihan akan dibuang melalui air kencing. Fungsinya juga penting untuk pembentukan kolagen dan sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Sesetengah haiwan mampu untuk menghasilkan vitamin C dengan sendirinya tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau makanan tambahan atau supplement kesihatan yang diambil secara oral. 

Sumber terbaik vitamin C: 

1. Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah oren, kiwi dan strawberi 

2. Sayur-sayuran: Brokoli dan tomato

Pengambilan Vitamin C yang berlebihan atau tidak terkawal boleh menyebabkan gejala yang serius seperti berikut: 

• Cirit birit 

• Muntah 

• Sakit kepala 

• Gangguan batu karang

Sebenarnya, 3 sajian sayuran dan 2 sajian buahan sudah dapat memenuhi keperluan Vitamin C harian anda. Ambil supplement Vitamin C boleh, tapi berpada-pada ya! Ikuti saranan yang telah ditetapkan atau dapatkan nasihat doktor/ahli farmasi/pakar diet dan pemakanan sebelum mengambilnya.

2 thoughts on “VITAMIN C SAYA CUKUP KE ?

Leave a Reply