APAKAH PENYEBAB ULSER MULUT & RAWATANNYA ?

Apa itu ulcer mulut?

Ulcer mulut adalah merupakan sakit di dalam mulut yang pernah dialami oleh hampir setiap orang. Ia menyebabkan rasa sakit atau pedih dan menyebabkan kesukaran untuk makan atau minum, bercakap mahupun menggosok gigi.  Ia boleh berlaku pada mana-mana kawasan pada mulut seperti bibir, lidah, gusi ataupun lelangit dan berbentuk bulat, berwarna putih dan bengkak serta kemerahan.

Ulcer mulut juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius dan memerlukan rawatan seperti:

  • Barah lidah
  • Penyakit darah (anemia, leukemia)
  • Jangkitan bakteria, virus ataupun kulat
  • Penyakit keradangan usus
 

Apakah pilihan rawatan untuk ulcer mulut?

Ulcer mulut yang ringan kebiasaanya akan sembuh sendiri dalam tempoh seminggu hingga 2 minggu.
Walaubagaimanapun, rawatan ulcer boleh diambil untuk mempercepat proses pemulihan.

Rawatan untuk ulcer mulut boleh didapati di pasaran dan boleh dibahagikan kepada  kategori ‘Over the Counter’ (OTC) dan juga kategori ubat terkawal. Antara contoh ubat ulcer jenis OTC adalah yang mengandungi Choline Salicylate, Hyaluronic acid dan Povidone-iodine. Antara jenama yang mempunyai bahan-bahan ini adalah:

Untuk kategori ubat terkawal, ia berkemungkinan mempunyai bahan aktif steroid ataupun bukan steroid. Contoh ubatan steroid adalah Dexamethasone dan Triamcinolone manakala untuk bukan steroid, kemungkinan ianya adalah ubat untuk melegakan sakit seperti Benzydamine, Lidocaine atau Lignocaine. Antaranya ialah:

Pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada doktor ataupun ahli farmasi untuk memilih rawatan yang sesuai dan nasihat penggunaan yang betul kerana penggunaan ubat ulcer boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna termasuklah penggunaan ubat ulcer kategori OTC sekiranya tidak mengikut panduan yang sebenar terutamanya kepada kanak-kanak. Bagi kanak-kanak, pilihan ubat yang sesuai adalah yang bukan kategori steroid dan yang bebas alkohol.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya ulcer mulut lambat pulih dan apakah simptoms amaran lain yang perlu diperhatikan?

Sekiranya ulcer masih belum pulih selepas menggunakan ubat ulcer (lebih 3 minggu) atau saiz ulcer yang sangat besar, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Ulcer mulut juga boleh disertai dengan simptoms lain yang menandakan kemungkinan penyakit yang lebih serius seperti:

  • Gatal, lepuh atau ulcer di bahagian kemaluan atau mata
  • Pendarahan di bawah kulit atau mukosa
  • Sakit di bahagian abdomen, gangguan air besar, najis berdarah

Sila rujuk kepada doktor sekiranya mempunyai simptoms yang di luar kebiasaan ataupun ulcer mulut yang berlarutan.

Leave a Reply