WASPADA PADA DARAH TINGGI- PEMBUNUH DALAM SENYAP? FAKTA ATAU AUTA?
Adakah anda menyedari bahawa penyakit darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi ini dianggap pembunuh dalam senyap kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi dan juga kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera? Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, sebanyak 35.3% rakyat Malaysia secara umumnya mengalami penyakit ini dan ia merupakan suatu kebimbangan memandangkan masih ramai tidak mengambil berat akan penyakit ini. Oleh itu, marilah kita kenali serba sedikit mengenai penyakit ini dan komplikasinya.
MEMAHAMI TEKANAN DARAH
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat, malah pam inilah yang menentukan tahap tekanan yang diberikan kepada saluran darah. Tekanan kepada saluran darah dapat diukur dua bacaan (contohnya: 120/90);
-bacaan atas (sistolik) ialah tekanan yang diambil ketika jantung sedang mengecut untuk mengepam darah ke salurannya dan merujuk kepada contoh diatas, ia adalah 120.
-manakala, bacaan bawah (diastolik) ialah bacaan tekanan darah yang diambil ketika jantung sedang berehat dan dalam contoh diatas, ia adalah 90.
BACAAN NORMAL DAN TIDAK NORMAL

PENYEBAB PENYAKIT DARAH TINGGI Penyebab penyakit darah tinggi selalunya tidak diketahui. Namun, terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko kepada penyakit ini termasuklah: 1. Kegagalan buah pinggan 2. Ubat steroid atau ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) 3. Faktor keturunan 4. Alkohol dan merokok 5. Pengambilan garam yang berlebihan
SIMPTOM PENYAKIT DARAH TINGGI Selalunya penyakit darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda yang spesifik. Tetapi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan segera: 1. Muntah 2. Sakit kepala 3. Sakit di bahagian dada 4. Mata kabur 5. Anggota badan lumpuh
KOMPLIKASI PENYAKIT DARAH TINGGI 1. Serangan sakit jantung 2. Kegagalan buah pinggang 3. Strok 4. Pendarahan pada organ mata 5. Kematian

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENYAKIT DARAH TINGGI 1. Pengambilan ubat seperti yang disarankan oleh doktor 2. Mengurangkan pengambilan garam 3. Mengurangkan berat badan 4. Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal 5. Berhenti merokok and minum alkohol 6. Kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan sendiri
