VITAMIN DAN MINERAL 101: KENALI KEAJAIBAN 6 JENIS-JENISNYA

PENGENALAN

Vitamin dan mineral merupakan sejenis elemen mikro nutrisi yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita bagi menjalankan fungsinya secara optimal. Vitamin dan mineral lazimnya didapati melalui pengambilan makanan yang seimbang seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran, ikan dan sebagainya. Malah, pada zaman yang serba moden ini, adanya kewujudan supplemen vitamin dan mineral dalam pelbagai bentuk seperti tablet yang dikunyah atau dilarutkan serta kapsul telah memudahkan lagi pengambilan vitamin dan mineral dalam kehidupan seharian.

FUNGSI VITAMIN
1. Vitamin A (atau dikenali sebagai retinoid)

Sumber

Kebaikan

Kesan Kekurangan

· Hati
· Telur
· Susu penuh krim atau rendah lemak
· Beta carotene yang ditukarkan kepada vitamin A dalam badan kita (terdapat dalam labu, lobak, apricot, mangga serta sayur-sayuran seperti bayam dan sawi)

· Penglihatan yang baik (mencegah rabun malam)
· Kulit yang sihat
· Menggalakkan tumbesaran kanak-kanak

· Rabun malam
· Kulit yang bermasalah
· Masalah penghadaman
· Lemah sistem imunisasi

2. Vitamin C (atau dikenali sebagai asid askobik)

Sumber
· Limau
· Mangga
· Sayuran berdaun hijau
· Betik
· Belimbing
Kebaikan
· Penting dalam pembentukan dan pengekalan sejenis protein yang mengukuhkan sel badan- yang dikenali sebagai kolagen
· Membantu dalam pembentukan serta mengekalkan kesihatan tulang dan gigi
· Membantu dalam proses metabolisma asid amino dan hormon
· Berfungsi sebagai anti-oksida
· Penting dalam penyembuhan luka
Kesan Kekurangan
· Skurvi
· Lemah system imunisasi
· Gusi berdarah

3. Vitamin B kompleks. Vitamin ini terdiri daripada 8 jenis; seperti:

Vitamin B1 (thiamine)
Vitamin B2 (riboflavine)
Vitamin B3 (niacin)
Vitamin B5 (panthothenic acid)
Vitamin B6 (pyridoxine)
Vitamin B7 (biotin)
Vitamin B9 (folic acid)
Vitamin B12 (cyanacobalamine)

Sumber
· Hati
· Telur
· Susu dan produk tenusu
· Daging
· Ikan
· Ayam
· Sayuran hijau
Kebaikan
· Meningkatkan tenaga
· Menggalakkan kesihatan sel-sel badan
· Penting dalam pembentukan sel darah merah dan sel darah putih
· Membantu dan mengekalkan pelindung selaput saraf
· Membantu sistem pencernaan
· Membantu dalam pembentukan DNA
Kesan Kekurangan
· Kurang sel darah merah (pernicious anemia)
· Lumpuh otot atau urat saraf
· Lemah system imunisasi
· Masalah mental seperti depresi

4. Vitamin D. Secara umumnya, vitamin ini dapat dihasilkan oleh badan dengan pendedahan kepada sinaran matahari.

Sumber
· Hati
· Kuning telur
· Susu dan produk tenusu
· Cendawan
· Ikan berlemak seperti salmon atau tuna
Kebaikan
· Menggalakkan kesihatan tulang dan gigi
· Menyokong sistem imunisasi dan saraf
Kesan Kekurangan
· Penyakit tulang rapuh seperti osteoporosis
· Lemah sistem imunisasi
· Masalah jantung

5. Zat besi

6. Kalsium