Sakit Muskoskeletal : Bahagian 1

Apa itu sakit muskoskeletal ?

Sistem muskuloskeletal memberikan bentuk, sokongan, kestabilan dan pergerakan untuk badan. Sistem ini terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ bersama-sama.

Sakit muskoskeletal adalah merujuk kepada sakit sama ada di bahagian tulang, ligamen, tulang rawan, tendon, saraf ataupun otot. Sakit muskoskeletal boleh jadi akut, iaitu berlaku secara tiba-tiba dan berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu atau boleh jadi kronik. Sakit yang berlarutan lebih dari 3 hingga 6 bulan di panggil kronik. Individu yang menghidapi sakit muskoskeletal akan mengalami sama ada sakit pada kawasan  setempat sahaja atau keseluruhan badan.

Jenis-jenis sakit muskoskeletal

Penyebab berlakunya sakit muskoskeletal

Sakit muskoskeletal  boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah kerosakan pada tisu otot atau ligamen yang disebabkan aktiviti harian seperti posisi badan yang salah ketika mengangkat barang. Cedera atau trauma di suatu bahagian badan yang disebabkan oleh gerakan tiba-tiba atau tersentak,  kemalangan kereta , jatuh, patah tulang, terseliuh, dan pukulan terus pada otot juga boleh menyebabkan berlakunya sakit muskoskeletal. Masalah muskoskeletal seperti osteoporosis juga boleh berpunca daripada kurangnya pengambilan kalsium dalam diet harian.

Penyebab berlakunya sakit muskoskeletal

Sakit muskoskeletal juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius dan memerlukan rawatan seperti :

  • kanser yang melibatkan vertebra atau sendi tulang belakang
  • Penyakit autoimmune (contoh: Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Rheumatoid Arthritis, Multiple Sclerosis)
  • Jangkitan seperti penyakit polio, malaria dan lain-lain

Gejala-Gejala Sakit Muskoskeletal

Indvidu yang mengalami sakit muskuloskeletal kadangkala mengadu bahawa seluruh badan mereka sakit. Otot mereka mungkin berasa seperti ditarik-tarik. Kadang-kadang mereka akan mengalami otot bersimpul atau terbakar.

Leave a Reply