Cegah Gastrik di Bulan Puasa

FOBIA GASTRIK SEMASA PUASA !
 
Setiap kali tiba Ramadhan, ada sesetengah orang memberi alasan gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam yang ke-3 ini. Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa?
 
Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk memunaikan ibadah puasa? Pemakanan dan pengambilan ubat yang betul mampu membantu mengelakkan serangan gastrik. Selain mengawal pemakanan, cuba elakkan stres dan amalkan gaya hidup sihat. Beberapa kajian menyatakan bahawa stres boleh menyebabkan peningkatan asid perut.
 
Jika kerap sakit, berbincanglah dengan ahli farmasi tentang keadaan anda berkaitan masalah yang dihadapi ketika berpuasa. Ingat, Islam itu agama yang indah dan tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan mereka.

Klik link di bawah untuk menonton rakaman sesi Live Farmasi Gpharmax.

>>Klik SIni<<

Leave a Reply