Manfaat Mengamalkan Beta Glukan

Paras kolesterol yang tinggi dalam badan adalah penyebab utama kepada beban penyakit dalam negara kita. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta). Individu yang mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi di dalam darah akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi sekiranya tidak dikawal dan dicegah lebih awal. 

Selain daripada amalan
pemakanan dan gaya hidup yang sihat, ramai yang masih belum tahu tentang
manfaat mengamalkan beta glucan dalam seharian untuk mengawal paras kolesterol
dalam darah. 

Sebagai sejenis serat larut,
β-glukan apabila dimakan, ia akan larut dalam air dan akan membentuk likatan
gel di dalam usus,  melambatkan
pengangkutan makanan di dalam usus dan membuatkan kita berasa kenyang untuk
tempoh yang lebih lama. Selain itu juga, kadar penyerapan karbohidrat akan
menjadi lebih perlahan sekaligus menstabilkan gula darah. Tambahan, beta glukan
dapat menurunkan paras kolesterol dalam badan dengan menghalang penyerapan kolesterol
ke dalam salur darah.

Menurut kajian yang telah
dibuat, pengambilan beta glukan sebanyak 3g dalam masa 8 minggu dapat membantu
menurunkan LDL kolesterol (Kolesterol jahat) sebanyak 15% dan jumlah kolesterol
sebanyak 97%. Namun persoalannya berapa banyak oat atau barley yang harus kita
ambil untuk mendapatkan 3g beta glukan? Jika oat, seseorang individu perlu
ambil sebanyak 9 sudu besar oat manakala barley pula sebanyak 1/3 cawan.

9 sudu oat mungkin terlihat
banyak bagi sesetengah individu yang kurang gemar memakan oat. Tetapi jangan
risau, anda boleh olah cara anda nikmati oat anda agar terlihat lebih
menyelerakan, sebagai contohnya dengan membuat lempeng oat, overnight oat
bersama buah-buahan kegemaran, cookies oat dan bermacam lagi. Namun bagi
individu yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk sediakan semua ni, anda juga
boleh cuba untuk dapatkan produk beta glukan yang dijual dipasaran seperti
gambar dibawah . 

Namun begitu, pengambilan
produk-produk tersebut bagi individu yang mempunyai penyakit-penyakit yang
kronik perlulah mendapat nasihat daripada doktor, farmasi atau dietitian anda
terlebih dahulu. Jika berminat, anda juga boleh dapatkan khidmat konsultasi
pakar atas talian daripada ahli farmasi dan dietitian di farmasi gpharmax

Leave a Reply