Suplemen minyak ikan (fish oil) sememangnya tidak lagi asing di kalangan masyarakat. Malah, ia dikatakan antara suplemen yang kerap diambil oleh manusia di seluruh dunia. Justeru itu, marilah kita kenali dengan lanjut apakah itu minyak ikan dan 14 kelebihannya.
Apakah itu minyak ikan? Minyak ikan merupakan lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Ia selalunya datang daripada ikan berlemak seperti tuna, ikan bilis, salmon dan makarel.
Apakah yang terkandung dalam minyak ikan sehingga mendapat sambutan hangat? Dan apakah kelebihannya? Ramai tertarik dengan minyak ikan kerana ia kaya dengan omega-3. Terdapat dua jenis omega-3 yang terkandung dalam minyak ikan termasuklah asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA). Manakala, omega-3 yang terdapat dalam tumbuhan pula dikenali sebagai asid alfa-linolenik.
Terdapat pelbagai kelebihan minyak ikan yang secara umumnya diketahui. Antara 14 kelebihannya adalah: 1. Mencegah penyakit saluran darah dan strok- DHA dan EPA membantu dalam merendahkan tahap kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida. Ia juga membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang normal dan peredaran darah yang lancar.
2. Meningkatkan daya imunisasi badan dan kesihatan paru-paru. 3. Membantu dalam meredakan simtom-simptom penyakit sendi seperti artritis reumatoid (RA) –EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi. 4. Membantu dalam menurunkan berat badan. 5. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin. 6. Membantu dalam menentang kanser. 7. Membantu dalam memelihara kesihatan mata – DHA adalah komponen utama dalam retina. 8. Membantu dalam mengurangkan lemak dalam hati (liver).
9. Membantu dalam kestabilan emosi dan kesihatan mental. 10. Membantu dalam meningkatkan daya fokus kanak-kanak. 11. Membantu dalam memelihara kesihatan kulit. 12. Membantu dalam melegakan simptom-simptom asma dan risiko alergi. 13. Membantu dalam mengekalkan ketumpatan mineral tulang 14. Membantu dalam mencegah penyakit Alzheimer.
Oleh kerana badan manusia tidak menghasilkannya maka ia diambil melalui pemakanan ikan berlemak ataupun suplemen; dimana pelbagai jenama suplemen minyak ikan boleh didapati di farmasi-farmasi. Malah, World Health Organization (WHO) juga menyokong pengambilan minyak ikan kerana ia mengandungi pelbagai kebaikan terutamanya daripada segi kesihatan jantung.