Sempena Aidilfitri pada tahun ini, Farmasi Gpharmax telah mengadakan Pertandingan Hiasan Raya antara farmasi. Pertandingan ini melibatkan semua cawangan Gpharmax di Terengganu dan juga Kelantan. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menguatkan lagi hubungan silaturahim antara staf di farmasi.
Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua staff yang bertungkus-lumus dalam menghias farmasi masing-masing. Pelanggan yang melangkah masuk ke farmasi Gpharmax pasti akan dapat merasai “Vibes Raya” atau nostalgia suasana Raya !
Tahniah buat semua pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai. Bagi yang tak berjaya tahun ini, insyaAllah boleh cuba lagi pada tahun hadapan !