KETAHUI THERMOMETER YANG SESUAI UNTUK SI KECIL

Demam atau dikenali sebagai hipertermia merupakan suatu keadaan apabila suhu badan manusia tinggi daripada suhu badan yang normal (suhu badan normal: 36.5 degree celsius hingga 37.2 degree celsius). Demam boleh terjadi pada semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Hal ini kerana demam merupakan tindak balas yang normal apabila seseorang itu mendapat jangkitan kuman atau virus. Suhu yang tinggi juga membolehkan sel-sel putih untuk bekerja dengan lebih aktif. Namun, demam yang berterusan juga boleh menandakan bahawa penyakit yang serius.

Ramai ibu bapa memberikan jawapan yang subjektif mengenai demam dengan hanya ‘rasa panas di dahi’. Maka, menyukat suhu dengan thermometer amatlah penting kerana ia memberikan keputusan yang lebih objektif dan memberikan maklumat yang bermanfaat kepada para doktor dalam memberikan rawatan yang sepatutnya.

Pelbagai jenis thermometer boleh didapati di mana-mana farmasi, antaranya ialah:

  • Thermometer digital

Thermometer ini adalah yang paling kerap digunakan di rumah. Thermometer ini boleh digunakan di ketiak, punggung atau di bawah lidah. Namun begitu, perlu diketahui bahawa suhu di ketiak adalah tidak tepat untuk thermometer jenis ini.

Kelebihan:

  • Murah
  • Senang di gunakan
  • Sesuai di gunakan untuk setiap peringkat umur
  • Suhu dapat diambil dengan cepat (selama seminit)

Keburukan:

  • Ibu bapa mungkin tidak biasa menggunakannya dan mungkin tersumbat lebih dalam daripada yang sepatutnya
  • Harus menunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengambil suhu selepas makan atau minum air panas atau sejuk kerana ia mempengaruhi suhu yang diambil di mulut
  • Thermometer digital telinga

Thermometer ini menggunakan sinaran inframerah untuk menyukat suhu daripada saluran pendengaran

Kelebihan:

  • Boleh dipakai pada setiap peringkat umur
  • Cepat
  • Selesa

Keburukan:

  • Tidak digalakkan untuk bayi yang baru lahir
  • Tahi telinga atau saluran pendengaran yang bengkok dapat mempengaruhi ketepatan suhu
  • Mahal
  • Thermometer temporal artery

Thermometer yang jenis ini juga dikenali sebagai thermometer dahi. Seperti thermometer digital telinga, ia menggunakan sinaran inframerah untuk menyukat suhu di kawasan yang diselaputi dengan saluran darah temporal (dahi dan sebahagian atas telinga)

Kebaikan:

  • Mudah
  • Sangat cepat
  • Antara thermometer yang tepat dalam menyukat suhu
  • Sesuai digunakan di setiap peringkat umur

Keburukan:

  • Mahal
  • Dahi yang basah atau ditampal “koolfever” mungkin akan mempengaruhi penyukatan suhu
  • Thermometer merkuri

Pada masa dahulu, thermometer ini sering kali digunakan kerana pengunaanya yang mudah. Namun, disebabkan risiko yang berbahaya sekiranya pecah, iaitu mengeluarkan wap merkuri yang sangat berbahaya kepada manusia, ia tidak lagi digunakan.

Jadi, adakah anda sudah tahu thermometer apakah yang sesuai? Sekiranya ada yang belum mempunyai thermometer, beli lah yang sesuai untk seisi keluarga anda.