Adakah anda selalu mengalami bacaan tekanan darah yang melonjak tinggi hanya ketika berjumpa dengan doktor, tetapi ia kembali normal apabila berada di rumah? Jika ya, anda mungkin mengalami suatu situasi yang dipanggil sebagai hipertensi kot putih.
Apa itu hipertensi kot putih?
Hipertensi kot putih atau kadang-kadang di panggil sebagai sindrom kot putih ini merupakan suatu fenomena dimana pesakit mengalami tekanan darah tinggi lebih daripada normal apabila ia di ambil dalam keadaan klinikal seperti di hospital dan klinik. Istilah “white-coat” ini timbul daripada kot putih yang selalu dipakai oleh doktor. Malah, sebanyak 10-15% kes hipertensi jenis ini dilaporkan berlaku dalam kalangan masyarakat.
Setiap orang mempunyai tekanan darah yang berbeza mengikut tindak balas terhadap aktiviti yang dilakukan serta kondisi tubuh badan mereka. Namun, bagi fenomena ini pula, ia terjadi apabila sesorang itu gelisah apabila tekanan darahnya diperiksa oleh doktor. Hal ini telah menyukarkan doktor untuk mendapatkan tekanan darah yang sebenar. Walaupun hipertensi kot putih telah diiktiraf sebagai penyakit selama beberapa tahun ini, beberapa aspek mengenainya masih tidak jelas diketahui.
Apakah risiko bagi hipertensi kot putih ini?
Antara risikonya termasuklah:
- Strok
- Kegagalan jantung
- Serangan jantung
- Kematian
Bagaimana saya hendak
mengetahui adakah saya benar-benar mengalami tekanan darah tinggi?
Doktor biasanya akan meminta pesakit untuk melakukan pengawasan
tekanan darah sendiri di rumah. Mereka juga akan di minta untuk merekodkan
sendiri bacaan tekanan tersebut untuk di nilai. Kemudian, diagnosis tekanan
darah tinggi akan di buat sekiranya terdapat tiga bacaan tekanan darah tinggi
daripada paras normal.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengawal hipertensi ini?
Ada beberapa cara untuk mengendalinya dengan betul seperti:
- Cuba beberapa teknik relaksasi yang anda boleh gunakan di mana-mana sahaja iaitu teknik pernafasan mendalam.
- Minta rakan atau ahli keluarga untuk datang bersama-sama dengan anda untuk temujanji tersebut. Dengan cara ini dapat membantu anda menjadi lebih santai apabila berjumpa dengan doktor.
- Cuba berjumpa dengan doktor yang sama. Hal ini kerana apabila melihat wajah yang sudah biasa mengenali anda dapat membuatkan emosi anda lebih tenang.
- Mengamalkan diet yang sihat dan mengawal pengambilan garam secara betul.
- Bersenam dengan cara yang teratur-idealnya sekurang-kurangnya 30 minit senaman intensiti sederhana, lima hari seminggu. Anda boleh memisahkan 30 minit, contohnya, melakukan dua kali sebanyak 15 minit. Bertujuan untuk bersenam pada tahap di mana anda merasa hangat dan sedikit daripada nafas, tetapi masih dapat mengadakan perbualan.
- Awasi berat anda dengan lebih kerap.