Apakah itu buasir?
Haemorrhoid atau lebih dikenali sebagai buasir ini adalah suatu penyakit apabila berlakunya pembengkakan saluran darah di bahagian bawah (rektum dan dubur). Buasir boleh terjadi pada sesiapa pun tanpa mengira umur. Terdapat dua klasifikasi mengenai penyakit buasir ini dan ia bergantung kepada lokasi pembengkakan saluran darah tersebut.
- Buasir dalaman: Ia merupakan pembengkakan saluran darah di dalam dubur (lapisan rektum). Pesakit akan mengadu tidak mengalami sebarang kesakitan; meskipun berlakunya pendarahan ketika membuang air besar. Malah, sesetengah pesakit juga merasa terdapatnya ketulan yang terkeluar daripada dubur selepas membuang air besar. Ketulan ini boleh hilang dengan sendiri atau ada juga yang perlu di tolak semula ke dalam.
- Buasir luaran: Ia merupakan pembengkakan saluran darah di luar dubur. Kebiasaanya, pesakit akan mengadu sakit atau bengkak ketika membuang air besar.
Malah, ia juga mampu menimbulkan kesakitan yang kuat sekiranya saluran darah itu tersumbat disebabkan oleh darah beku.
Apakah punca-punca berlakunya buasir?
- Mengalami sembelit dan meneran pada jangka masa yang lama
- Obesiti
- Mengandung
- Duduk
- Individu yang selalu mengangkat berat
- Batuk berpanjangan
- Sejarah keluarga yang turut mengalami masalah yang sama
Apakah gejala-gejala buasir?
- Pendarahan, titisan darah yang cerah semasa atau selepas membuang air besar diikuti dengan rasa sakit dan pedih
- Ketulan di bahagian dubur
- Terdapat lendir di bahagian dubur
- Tekanan darah rendah
- Pucat
Apakah komplikasi buasir?
- Saluran darah tersumbat
- Ulcer di bahagian buasir
- Kematian tisu di bahagian buasir (gangrene)
- Jangkitan kuman dalam darah (septicaemia)
Apakah rawatan bagi buasir?
- Mengurangkan simptom sembelit dengan:
- Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran
- Lebihkan minum air
- Mengurangkan kesakitan dengan:
- Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan
- Letakkan ais di bahagian buasir untuk surut bengkak
- Ambil pil tahan sakit seperti ibuprofen, diclofenac atau paracetamol
- Ambil ubat buasir seperti Daflon bagi mengecutkan bengkak buasir
- Mengambil ubat krim sapuan atau supositori untuk buasir
- Berjumpa dengan doktor bagi menerima rawatan selanjutnya seperti:
- Rawatan di klinik:
- Rubber band ligation (ketulan buasir diikat dengan gelung getah bagi menyekatkan aliran darah di bahagian tersebut; justeru, ia menjadikan ketulan itu mengecut)
- Sclerotherapy (sejenis cecair di suntik pada ketulan buasir untuk mengecutkannya)
- Rawatan di hospital:
- Haemorrhoidectomy (pembedahan untuk membuang ketulan buasir)