Apakah pilihan rawatan untuk sakit muskuloskeletal?
Pilihan rawatan untuk sakit musculoskeletal adalah bergantung kepada tahan kesakitan, punca dan jenis sakit muskuloskelet. Antara pilihan rawatan yang ada adalah rawatan ubat-ubatan, rawatan bukan ubat dan suplemen atau vitamin.
Rawatan menggunakan ubat-ubatan

Paracetamol boleh digunakan untuk yang sakit yang ringan dan sederhana. Ubat topikal yang mengandungi salicylate seperti produk Flanil cream, Counterpain cream, Bio-Musclax boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit.

Bertindak mengurangkan rasa sakit, bengkak dan keradangan pada kawasan yang terlibat. Contoh , ibuprofen, mefenamic acid, naproxen, meloxicam dan diclofenac. Penggunaan ubat ini untuk jangka masa yang panjang tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kegagalan buah pinggang dan keradangan pada perut. Dapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor untuk penggunaan ubat ini.

Selain ubat makan, ubat NSAIDs juga boleh di dapati dalam bentuk krim, gel, spray, dan plaster. NSAID topikal bertindak menembusi kulit, memasuki tisu atau sendi, dan mengurangkan proses yang menyebabkan kesakitan pada tisu. Ubat topikal kurang diserap kedalam salur darah berbanding ubat makan. Maka, kesan sampingan ubat topikal adalah kurang berbanding ubat makan. Contoh ubat topical NSAIDs yang ada dipasaran adalah Fastum gel, Voltaren gel, Rosiden gel, Ketotop plaster.

Kebanyakan ubat kategori ini adalah ubat terkawal dan memerlukan preskripsi daripada doktor. Biasanya pesakit yang tidak respons atau tidak boleh tolerasi dengan ubat tahan sakit seperti NSAIDs, maka ubat ini akan di preskrib kepada pesakit. Ubat ini bertindak dengan cara mengurangkan ketegangan otot yang menyebabkan rasa sakit. Contoh ubat adalah orphenadrine, baclofen, eperisone.
Lain- lain ubat untuk merawat sakit muskuloskeletal adalah kortikosteroid (suntikan/ makan) dan opiod analgesic seperti tramadol. Namun ubat ini perlu dipreskrib oleh doktor yang merawat.
Rawatan bukan ubat

Vitamin, mineral dan suplemen
Sesetengah vitamin, mineral dan suplemen boleh di ambil untuk membantu mengurangkan sakit musculoskeletal. Antaranya ialah kalsium, vitamin D, omega-3, turmeric, alpha lipoic acid (ALA), vitamin B12, magnesium, glucosamine dan chondroitin.
Namun pengambilan vitamin dan suplemen ni perlu mengambil kira punca dan jenis sakit musculoskeletal. Sebagai contoh suplemen seperti glucosamine dan chondroitin boleh di ambil oleh individu yang mengalami masalah musculoskeletal seperti osteoarthritis di bahagian lutut dan ianya tidak sesuai untuk individu yang mengalami sakit musculoskeletal yang lain. Di sarankan untuk setiap pengambilan vitamin, mineral dan suplemen ini perlulah mendapat nasihat sama ada daripada doktor yang merawat, ahli farmasi dan pakar pemakanan.
Bagaimanakah cara mencegah berlakunya sakit muskuloskeletal?
