Kehadiran pelbagai jenis restoran atau kedai makan di setiap ceruk tempat malah ada yang beroperasi sehingga 24 jam sehari telah menajdi satu fenomena pada masa kini yang telah mendorong kita semua untuk mencuba setiap makanan yang ditawarkan di restoran atau kedai makan tersebut. Bukan itu sahaja dengan kuasa tular telah menambahkan lagi perasaan ingin mencuba makanan setiap restoran atau kedai makan tersebut.
Selain itu, alasan lazim yang sering digunakan seperti tidak cukup masa, penat bekerja dan sampai rumah lewat telah menyebabkan makanan di luar menjadi pilihan utama bagi setiap ibu bapa yang bekerja untuk menjamu keluarga.
Makanan luar juga boleh diakses dengan lebih mudah dengan hanya hujung jari sahaja melalui perkhidmatan penghantaran makanan di atas talian. Namun, persoalannya adakah makanan-makanan ini sihat atau tidak?
Faktor keenakan, mudah dan cepat untuk dapatkan makanan dari luar tidak sepatutnya menjadi penyebab utama dalam pemilihan makanan seseorang kerana apa yang lebih penting adalah khasiat makanan tersebut. Sebagai contoh, makanan dari restoran makanan segera memang salah satu makanan yang sedap dan paling mudah untuk dinikmati namun ianya tidak memenuhi khasiat yang diperlukan oleh seseorang malah makanan-makanan sebegini lazimnya menjadi faktor utama bagi penyakit obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya. Seperti sedia maklum, berdasarkan NHMS 2019, 52.6% penduduk Malaysia mempunyai masalah obesiti abdomen dan ini merupakan masalah yang perlu diambil serius.
Selain itu, penyakit lain yang mungkin akan dihidapi selain obesiti adalah masalah kolesterol tinggi, serangan jantung, darah tinggi dan kecing manis. Kanak-kanak juga mungkin akan menghidapi penyakit obesiti kanak-kanak sekiranya sentiasa menikmati makanan dari luar. Hal ini kerana, pengambilan makanan seimbang amat sukar untuk diamalkan kerana makanan disediakan oleh orang lain dan kita tidak tahu tahap kebersihan ketika penyediaan serta bahan yang digunakan. Tahap kebersihan ketika penyediaan makanan bagi sesebuah restoran atau kedai makan mestilah diambil kira supaya tiada isu seperti keracunan makanan yang mungkin boleh membawa maut terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Namun tidak semua makanan dari luar tidak sihat atau mendatangkan masalah kepada kita. Di sini saya kongsikan beberapa tip untuk memilih makanan dari luar atau ketika makan di kedai makan dan restoran supaya makanan yang dimakan lebih sihat. Antaranya adalah
Akhir sekali, tidak salah untuk makan makanan dari luar namun kita mestilah membuat pilihan yang bijak supaya kita dapat memilih makanan yang lebih sihat untuk diri dan keluarga tersayang. Jadikan tabiat meminta hidangan yang lebih sihat apabila memesan makanan dari luar. Penjual makanan yang baik dan memahami akan menghargai serta menghormati pilihan kita dan membuat perubahan mengikut kehendak kita. Tempat sebegini berbaloi dikunjungi bersama keluarga.
Walaupun boleh membuat pilihan yang lebih sihat ketika makan di luar, namun memasak makanan sendiri adalah jauh lebih sihat, selamat dan jimat kerana kita boleh memantau dan memilih ramuan serta cara masakan sendiri.