Cara Penyimpanan Ubat yang Betul

Ubat ini perlu simpan dalam peti ke? Ubat ini boleh guna berapa lama? Macam mana nak tahu ubat ini dah luput tarikhnya? Ini adalah antara soalan yang popular yang sering pesakit atau pelanggan di farmasi bertanya kepada staff kesihatan atau kepada pekerja di farmasi komuniti.

Ubat merupakan salah satu cara untuk merawat sesuatu simptom atau penyakit. Setiap ubat juga ada tarikh tempoh luputnya dan ada cara untuk menyimpannya dengan betul.

Untuk pengetahuan semua, secara umumnya, tarikh luput sesuatu ubat itu merupakan satu jangka hayat sesuatu ubat itu mempunyai keberkesanan yang penuh untuk bertindak. Walaubagaimanapun, sekiranya cara penyimpanan ubat tidak betul, tarikh luput sesuatu ubat itu boleh menjadi lebih pendek dari tarikh luput sebenar. 

Panduan penyimpanan ubat yang betul



Antara soalan yang sering ditanya oleh orang ramai

1. Berapa lama ubat sirap boleh disimpan selepas dibuka?

Ada yang berpendapat 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan malah sehingga 6 bulan. Secara pendapat peribadi, seeloknya hanya disimpan dalam tempoh sebulan sahaja tetapi perlu pastikan ubat itu masih dalam keadaan yang baik di mana tekstur, warna, bau dan rasa tidak berubah.

2. Adakah perlu simpan ubat sirap seperti ubat demam, ubat batuk kanak-kanak di dalam peti?

Tidak perlu.

Ubat ini diisikan dengan udara bersih sebelum dibotolkan. Selepas dibuka, udara luar yang sudah bercampur dengan bakteria memasuki ke dalam botol. Sekiranya kita menyimpan ubat ini di dalam peti sejuk, suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air yang mengandungi air dan bakteria dari udara luar terbentuk di dalam botol seterusnya bercampur dengan cecair ubat. Keadaan ini mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.

 

3. Bagaimana mahu simpan ubat antibiotik?

Kebanyakannya antibiotik perlu disimpan di dalam peti tapi ada juga yang boleh disimpan di luar peti. Anda boleh bertanya kepada ahli farmasi sekiranya tidak pasti.

4. Ubat titis mata, titis telinga boleh disimpan berapa lama?


Boleh disimpan selama sebulan selepas dibuka, tetapi ada beberapa ubat titis boleh disimpan lebih dari sebulan. Ada juga yang perlu disimpan di dalam peti. Anda boleh bertanya kepada ahli farmasi sekiranya tidak pasti.

Leave a Reply