Apa itu Sepsis?
Perkataan sepsis diambil daripada perkataan Greek “SIPSI” yang bermaksud “make rotten”. Sepsis adalah keadaan yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak megira tua atau muda. Ia adalah salah satu punca kematian terbesar di seluruh dunia. Sepsis berlaku apabila jangkitan yang sedia ada merangsang tindakbalas berantai diseluruh badan.
Sepsis adalah respon badan yang extrem terhadap jangkitan. Jangkitan yang membawa kepada sepsis biasanya bermula daripada paru-paru, saluran kencing, saluran penghadaman serta kulit. Jangkitan perlu dirawat segera sebelum menjadi sepsis. Tanpa rawatan segera, sepsis boleh menjadi teruk yang menyebabkan “septic shock” yang kemudian menjurus kepada kerosakan tisu badan, kegagalan organ dan seterusnya membawa kepada kematian.
Sepsis tidak boleh merebak, tetapi jangkitan yang menyebabkan sepsis boleh merebak kepada orang lain. Kebanyakan kes sepsis adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria yang masuk ke dalam darah. Tetapi ianya boleh disebabkan oleh jangkitan virus seperti covid-19 dan influenza.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat sepsis?
Sepsis boleh berlaku kepada semua lapisan umur. Akan tetapi orang berumur 65 tahun keatas terutamanya yang mempunyai masalah kesihatan lebih cenderung untuk menghadapi sepsis berbanding kumpulan umur lain. Golongan dengan sepsis ini 13 kali lebih berpotensi untuk dimasukkan ke hospital berbanding golongan umur lain.
Apakah faktor yang mendorong untuk mendapat sepsis?
Pengkaji percaya bahawa proses penuaan menurunkan tahap imunisasi badan yang bertindak menghalang penyakit daripada merebak dalam badan. Selain itu, biasanya golongan yang berumur lebih cenderung mempunyai banyak penyakit berbanding golongan yang lebih muda. Sebarang jangkitan boleh melemahkan dan membebankan lagi system organ yang sedia lemah. Penyakit yang paling biasa menyebabkan sepsis adalah jangkitan saluran pernafasan seperti “pneumonia” serta jangkitan saluran kencing.
Gejala jangkitan penyakit yang berbeza daripada kebiasaan menyebabkan kelambatan mendapatkan rawatan untuk golongan ini yang seterusnya membawa kepada “septic shock” dan akhirnya menyebabkan kematian. Sebagai contoh, gejala awal bagi pesakit berumur yang mengalami jangkitan saluran kencing adalah perubahan pada status mental yang mana gejala ini berbeza daripada kelaziman. Mereka menjadi keliru dan pemikiran menjadi tidak teratur.
Sebelum gejala lazim terjadi, gejala ini muncul terlebih dahulu. Disebabkan ini, kemungkinan jangkitan sudah sedia ada, namun lambat disedari. Begitu juga dengan jangkitan “pneumonia”. Jadi, golongan ini memerlukan pemerhatian yang lebih dan tidakan yang lebih cepat sebelum keadaan menjadi lebih parah. Hal yang menyedihkan adalah, pesakit yang terselamat daripada sepsis yang teruk mengalami penurunan keupayaan mental yang membuatkan mereka tidak mungkin kembali kepada keadaan dan kehidupan yang asal.
Immunisasi badan adalah sangat penting dalam melindungi diri daripada jangkitan penyakit. Apabila sistem ini terganggu, maka seseorang senang untuk dijangkiti penyakit.
Pesakit kritikal yang terselamat dan dapat meneruskan hidup selepas menghidapi sepsis lebih risiko untuk kembali mendapat jangkitan dalam tahun yang sama yang mana membawa kepada peningkatan risiko kematian.
Berdasarkan kajian semasa, pesakit yang menghidapi sepsis didapati mengalami keadaan dimana imunisasi mereka menjadi rendah. Hal ini memungkinkan peningkatan risiko untuk seseorang yang pernah menghidapi sepsis untuk mendapat jangkitan yang berulang pada masa akan datang.
Berdasarkan satu kajian di Amerika, daripada 43,452 pesakit yang masih boleh meneruskan hidup selepas menghidapi sepsis yang teruk, 26% didapati terpaksa dimasukkan kembali ke hospital dalam tempoh 30 hari dari tarikh pesakit tersebut discaj manakala 48% dalam tempoh 180 hari. Masing-masing melibatkan kes kematian sebanyak 4% dan 8%. Daripada kajian ini didapati bahawa kemasukkan semula pesakit ke hospital adalah biasanya melibatkan kes sepsis yang teruk sebelum ini dan dipengaruhi oleh sosiografik, penyakit komorbiditi, lokasi discaj dan “LOS” hospital.
Sepsis di kalangan kanak-kanak
Selain orang dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada menghidapi sepsis terutamanya bayi yang baru lahir dan pramatang. Menurut Sepsis Alliance, di united states, lebih daripada 75,000 kanak-kanak mengalami sepsis yang serius setiap tahun dan bilangan ini bertambah sebanyak 8% setiap tahun. Hampir 7,000 daripadanya melibatkan kematian.
Seperti yang berlaku pada golongan berumur, 1 daripada 3 kanak-kanak yang terselamat daripada sepsis mengalami perubahan kognitif yang boleh berlanjutan sehingga 28 hari setelah mereka dibenarkan keluar dari hospital. Hampir separuh pesakit yang terselamat dari sepsis kembali masuk ke hospital. Di negara yang sedang membangun, lebih ramai kanak-kanak yang mengalami sepsis dan lebih banyak kematian. Antara penyebabnya adalah
Gejala Sepsis
Pesakit yang mendapat sepsis mungkin akan mengalami satu ataupun lebih gejala. Berdasarkan satu kajian yang dibuat di Netherlands yang melibatkan 1782 pesakit, sebanyak 10%-40% pesakit akan mengalami ketidakstabilan degupan jantung selepas mendapat sepsis. Bagaimana pula sepsis boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah? Ianya adalah kerana apabila proses melawan penyakit aktifkan badan, ia menyebabkan organ-organ dalam badan berfungsi tidak normal dan lemah yang seterusnya menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Apakah yang bekas pesakit sepsis perlu lakukan untuk pulih?
Antaranya adalah mereka perlu berehat secukupnya dan membina kekuatan badan. Adalah penting untuk mereka meningkatkan aktiviti secara perlahan-lahan dalam proses membina kekuatan badan untuk mengelakkan mereka berasa terlalu lemah dan memberi tekanan kepada badan mereka.
Apakah yang perlu dilakukan apabila berlaku tanda-tanda sepsis?
jika hal ini berlaku, seseorang perlulah segera pergi ke unit kecemasan di mana-mana pusat kesihatan yang terdekat bagi mengelakkan daripada jangkitan terus merebak dan menjadi teruk. Tindakan dan rawatan yang pantas boleh meningkatkan peluang untuk hidup.