Polisi &
Pemulangan Wang
Jika anda tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli, anda bolehlah memulangkan kembali barangan tersebut ke Farmasi Gpharmax HQ.
Anda boleh hubungi kami melalui saluran yang tertera di bahagian bawah laman ini. Permohonan pemulangan barang hanya boleh dilakukan sekiranya anda menerima barang yang rosak atau salah barang dari pihak Farmasi Gpharmax HQ.
Sila tunggu maklum balas dari pihak kami untuk keputusan kelulusan permohonan.
POLISI PEMULANGAN BARANG & PENGEMBALIAN WANG
- Pemulangan barang boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh barang diterima.
- Barang tersebut mestilah belum digunakan dan keadaan barang mestilah sama seperti semasa penerimaan barang.
- Anda boleh membuat pemulangan dan penukaran barang yang dengan barang yang harga sama atau harga lebih rendah. Tiada pemulangan dalam bentuk wang tunai bagi penukaran barang dengan barang yang harga lebih rendah.
- Penghantaran barang yang ditukar ganti akan dilakukan selepas barang lama diterima oleh pihak kami dalam tempoh 7 hari.
PENUKARAN/PEMULANGAN/PENGEMBALIAN WANG HANYA AKAN DILULUSKAN DENGAN SEBAB-SEBAB YANG BERIKUT
- Barang yang diterima rosak atau tidak berfungsi
- Barang yang diterima tidak sama seperti yang dinyatakan di produk deskripsi dalam laman web Farmasi Gpharmax.
- Tarikh tamat tempoh barang sudah hampir (kurang dari 6 bulan dari tarikh barang diterima) atau sudah tamat tempoh.
- Barang yang diterima tidak lengkap seperti yang dinyatakan waktu proses pembelian.
BERIKUT ADALAH BARANG YANG TIDAK DITERIMA UNTUK PROSES PENUKARAN/PEMULANGAN/PENGEMBALIAN WANG
- Produk kebersihan diri (topeng muka, alat ujian kendiri Covid-19 dll.)
- Barang yang salah saiz (yang boleh dipakai seperti topeng muka, pelindung muka, sarung tangan, lampin dll.)
- Barangan percuma atau dibeli menggunakan baucer.
PERIKSA POLISI PENGEMBALIAN BARANG & SIMPAN DOKUMEN PENTING
- Pastikan barang berada dalam keadaan asal dan tiada kerosakan baru.
- Simpan semua dokumen yang diberikan semasa penghantaran barang.
- Untuk melengkapkan proses pengembalian barang, sila sertakan bersama
- Nombor Pesanan
- Gambar atau video pendek produk dan bungkusan yang diterima
- Shipment label lama (pada muka depan parcel)
Permohonan penukaran/pemulangan/pengembalian wang tidak akan DIPROSES tanpa dokumen di atas.
PENGHANTARAN BARANG
Untuk pemulangan barang, sila pos barang tersebut ke alamat:
GPHARMAX HQ
Lot 60173, Wisma KODIKA,
Losong Haji Mat Shafie,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.