Jaminan Kepuasan Pelanggan

Polisi Jaminan Kepuasan Pelanggan

Kepuasan anda adalah keutamaan kami. Sebarang pembelian yang telah dibuat dan sekiranya anda merasakan produk yang dibeli gagal atau tidak seperti yang anda inginkan, anda boleh mengembalikan produk tersebut kepada kami dalam tempoh 3 hari dari tarikh invois/resit. Kami akan segera memulangkan kembali nilai 100% harga yang dibeli oleh anda dalam bentuk pembelian barangan yang lain. Mengikut polisi yang telah ditetapkan, kami tidak boleh memulangkan wang tetapi penukaran barang dibenarkan.

Polisi Jaminan Kepuasan Pelanggan

Kepuasan anda adalah menjadi keutamaan kami apabila anda membuat pembelian. Jika barangan/produk yang dibeli tidak memenuhi citarasa anda, anda boleh memulangkan kembali barangan/produk tersebut kepada kami dalam tempoh 3 hari. Polisi pemulangan kami adalah termasuk dalam salah satu hak anda sebagai pengguna untuk memastikan anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Semua barang hendaklah dipulangkan seperti keadaan asal semasa anda membeli beserta dengan aksesori dan slip pembungkusannya. Barangan/produk yang dibeli boleh dipulangkan kembali ke premis pembelian atau melalui sistem pengeposan, melainkan dinyatakan sebaliknya seperti di bawah:

  • Barangan/produk mestilah dipulangkan dalam bentuk pembungkusan asal. Kami menyarankan agar anda menyimpan bungkusan anda sekurang-kurangnya 3 hari pertama selepas pembelian.
  • Barangan/produk yang dibeli terus dari pembekal atau mana-mana peruncit yang lain tidak boleh dipulangkan kembali kepada kami. Barang/produk tersebut perlu dipulangkan kepada pembekal/peruncit yang terlibat mengikut polisi yang ditetapkan oleh mereka.
  • Barangan/produk yang dibeli daripada peniaga lain selain Gpharmax tidak boleh dipulangkan, dibayar balik atau ditukar di premis kami.

Kami akan menerima sebarang pemulangan produk dan bersedia untuk penukaran, bayaran balik dalam bentuk kredit atau pembaikian jika:

  • Produk tersebut bermasalah/rosak atau berlainan dari yang ditunjukkan atau yang diceritakan kepada anda atau produk tersebut tidak sesuai dengan tujuannya
  • Produk tersebut tidak selamat
  • Kami boleh memilih sama ada mahu memulangkan produk tersebut kepada pengilang atau meneliti sendiri masalah yang berlaku.
  • Kami berhak untuk tidak menawarkan sebarang penukaran, bayaran balik atau pembaikian di mana barangan/produk tersebut rosak atau tidak berfungsi kerana penyalahgunaan atau pengabaian.
  • Barangan/produk jualan kami tertakluk bawah Akta Perlindungan Pengguna Malaysia 1999.

Pengecualian Produk yang Boleh Dipulangkan Semula

  • Barangan/produk sejuk, suhu sensitif dan ubat ubatan tidak boleh dipulangkan.
  • Segala jual beli adalah muktamad.
  • Sila hubungi pihak pengilang/pembekal jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan barangan/produk yang rosak.
  • Pastikan anda memeriksa nama pengilang/pembekal dan nombor yang boleh dihubungi pada bungkusan anda.
  • Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan preskripsi ubat-ubatan, anda boleh hubungi premis kami yang berdekatan.

Pemulangan kerana Berubah Fikiran

Jika anda ingin memulangkan kembali barangan/produk kerana berubah fikiran selepas pembelian, kami akan menawarkan anda untuk penukaran atau bayaran balik dalam bentuk kredit dengan syarat-syarat seperti berikut :

  • Pemulangan dalam tempoh 3 hari pembelian
  • Barangan/produk tersebut mestilah yang dibeli dari premis kami dan perlu mengemukakan resit asal pembelian
  • Barangan/produk tersebut mestilah tidak rosak, tidak digunakan dan masih lagi dalam keadaan boleh dijual
  • Barangan/produk tersebut tidak dibuka dan beserta dengan manual, risalah dan semua aksesori

Jika syarat-syarat di atas tidak dipenuhi, pihak kami berhak untuk tidak bersetuju dengan sebarang penukaran dan bayaran balik bagi pemulangan kerana berubah fikiran.