GPHARMAX
FAQ
UMUM
KEAHLIAN
POS & COD
Bagaimana saya ingin mengemaskini maklumat ahli saya?
Anda boleh menghubungi kami atau datang ke mana-mana cawangan Gpharmax untuk mengemaskini maklumat keahlian anda. Nombor telefon peribadi dan juga tarikh lahir hanya dibenarkan untuk dikemaskini SEKALI SAHAJA.
Semua maklumat peribadi anda akan disimpan dengan rapi dan selamat. Maklumat peribadi anda hanya akan digunakan oleh rangkaian Gpharmax untuk
tujuan info, pentadbiran dan promosi sahaja.
Apa itu keahlian Gpharmax VIP?
Satu program ganjaran yang eksklusif bagi mengumpul dan menebus mata ganjaran dari setiap pembelian dengan harga diskaun bagi pelbagai produk di semua rangkaian Gpharmax.
Bagaimana ingin menjadi Ahli Gpharmax VIP?
Keahlian terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun dan ke atas. Warganegara atau bukan warganegara Malaysia (menggunakan nombor telekomunikasi Malaysia). Pendaftaran boleh di buat di mana-mana rangkaian Gpharmax.
Apakah faedah dan kebaikan menjadi ahli Gpharmax VIP?
Selain daripada mendapat keistimewaan membeli dengan harga yang lebih murah, anda juga akan menikmati faedah seperti yang berikut:
• PERCUMA keahlian seumur hidup – tiada caj untuk pendaftaran
• Anda boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran apabila mencapai 1000 mata. Setiap pembelian RM1 = 1 MATA. Kadar penukaran: 1000 mata = RM5. Mata boleh ditebus dengan membuat pembelian di mana-mana rangkaian Gpharmax
• Diskaun istimewa untuk sesetengah barang terpilih
Adakah kad ahli Gpharmax disediakan?
Selepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima sekeping kad ahli Gpharmax VIP.
Bagaimana menyemak baki mata terkumpul?
Setiap pembelian akan diberi mata ke dalam akaun ahli anda dalam tempoh masa 24 jam. Baki mata terkumpul boleh dilihat di bahagian bawah resit pembelian. Anda juga boleh datang ke mana-mana rangkaian Gpharmax untuk sebarang pertanyaan atau semakan.
Adakah keahlian saya mempunyai tarikh luput?
Sekiranya kad ahli anda tidak aktif dalam masa 3 tahun (tiada pembelian dibuat), keahlian anda akan dinyahaktifkan beserta dengan semua baki mata ganjaran terkumpul akan diluputkan
Tidak boleh. 1 kad keahlian hanya untuk seorang individu. Mata terkumpul tidak boleh dipindahkan atau digabungkan ke akaun ahli yang lain.
Adakah mata terkumpul mempunyai tarikh luput?
Mata terkumpul hanya akan luput sekiranya keahlian anda tidak aktif dalam masa 3 tahun (tiada pembelian dibuat dalam masa 3 tahun).
Bagaimana mahu menebus mata terkumpul?
Penebusan mata terkumpul boleh dibuat di mana-mana rangkaian Gpharmax.
Adakah terdapat barang-barang yang padanya tiada mata ganjaran?
Mata ganjaran akan diberikan untuk pembelian semua barangan/produk di bawah rangkaian Gpharmax KECUALI:
• Untuk pembelian semua jenis barangan melalui invois
• Barangan produk kelengkapan perubatan dan rehabilitasi yang tertentu seperti katil, mesin oksigen dan lain-lain
• Mana-mana produk/barangan di bawah seliaan syarikat dari masa ke semasa dan kami berhak untuk tidak memberikan mata ganjaran tanpa memaklumkan kepada anda terlebih dahulu
Adakah mata diberi mengikut jumlah pembelian dalam satu resit atau pengumpulan jumlah belian beberapa resit?
Mata akan diberikan berdasarkan jumlah yang dibayar bagi setiap pembelian
dalam satu resit. Pengumpulan resit bagi mendapatkan mata adalah tidak
dibenarkan.
Apa yang saya boleh lakukan dengan mata yang dikumpul?
Mata boleh ditebus dengan pembelian yang seterusnya di mana-mana rangkaian Gpharmax dengan penukaran 1000 mata kepada nilai baucer RM5. Anda juga
boleh terus mengumpul mata dengan beberapa pembelian bagi membolehkan anda menebus barang atau produk yang disediakan oleh kami dari masa ke semasa.
Berapakah kadar minimum penebusan mata?
Minimum mata yang boleh ditebus ialah 1000 mata bersamaan dengan nilai baucer RM5.
Bolehkah saya kongsi kad keahlian saya dengan orang lain?
Kami tidak menggalakkan anda berkongsi keahlian anda untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan maklumat berlaku.
Adakah caj penghantaran adalah sama untuk semua produk?
Tidak. Caj penghantaran mungkin berubah mengikut berat produk dan destinasi penghantaran. Anda boleh menyemak kadar penghantaran sebenar dengan Farmasi Gpharmax sebelum membuat pembelian atau bayaran.
Adakah saya boleh membuat penghantaran ke luar Malaysia, iaitu ke luar negara?
Boleh. Kami ada membuat penghantaran ke luar negara. Pihak kami akan menyemak kadar penghantaran berdasarkan destinasi penghantaran dan perkhidmatan kurier yang berbeza.
Antara kurier yang terlibat adalah:
• GDEX
• CityLink
• DHL