BANJIR DAN RISIKO PENYAKIT BERJANGKIT

Fenomena banjir merupakan suatu kejadian yang sinonim berlaku di negara kita terutamanya apabila tibanya musim tengkujuh bermula pada bulan September sehingga Februari. Pada waktu ini juga lah, pelbagai risiko penyakit berjangkit yang akan mudah merebak disebabkan oleh sampah-sarap serta tangkungan najis yang keluar bersama-sama dengan limpahan air.

Antara penyakit berjangkit yang mudah merebak semasa dan selepas banjir termasuklah:

  1. Jangkitan pernafasan akut
  2. Konjunktivitis (sakit mata)
  3. Leptospirosis (Penyakit kencing tikus)
  4. Penyakit bawaan air dan makanan seperti cirit-birit, disentri, hepatitis A, taun/kolera, keracunan makanan, demam kepialu (thypoid)
  5. Demam denggi
  6. Malaria
  7. Cacar air
  8. Demam campak (Measles)
  9. Jangkitan kulit

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil

  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.
  • Jangan membiarkan kanak-kanak bermain dengan air banjir.
  • Tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah.
  • Sentiasa menjaga keselamatan warga tua, kanak-kanak dan ibu hamil.
  • Pastikan air atau makanan yang diambil sentiasa bersih dan di masak dengan sempurna.
  • Pastikan makanan sentiasa tertutup.
  • Jaga kebersihan diri dan persekitaran; sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih, gunakan tandas yang sempurna dan buang sampah di tempat yang betul.
  • Tidur dalam kelambu nyamuk bagi melindungi diri daripada serangan nyamuk.
  • Menjarakkan diri daripada orang yang mengidapi penyakit berjangkit kerana risiko berjangkit.
  • Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami tanda-tanda awal penyakit berjangkit.
  • Patuhi nasihat serta arahan yang diberikan oleh anggota kesihatan.