AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Personal Data Protection Act 2010
Akta Perlindungan Data Peribadi
Kami bertanggungjawab untuk melindungi privasi anda dan memastikan data peribadi anda dilindungi. Oleh itu, kami akan memastikan dasar dan amalan kami yang berkaitan dengan data peribadi, mematuhi kehendak-kehendak akta perlindungan data peribadi bawah undang-undang Malaysia (Personal Data Protection Act 2010).
Pengumpulan Data Peribadi
Data peribadi ini diperoleh ketika anda mendaftarkan diri anda sebagai ahli Gpharmax.
Data peribadi anda ini akan dikumpulkan dan digunapakaikan oleh Kumpulan Syarikat Gpharmax untuk tujuan yang berikut:
- Untuk pendaftaran akaun pengguna Gpharmax
- Untuk tujuan pentadbiran dan urusan rekod dalaman
- Untuk menghantar bahan-bahan promosi dan iklan bagi tujuan pemasaran
Data peribadi anda tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.
Butiran Data Peribadi
Di antara butiran data peribadi yang Kumpulan Syarikat Gpharmax memperolehi daripada anda:
- Nama, umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/nombor pasport
- Bangsa, etnik, warganegara
- Alamat, emel, dan nombor telefon
- Status perkahwinan, bilangan ahli keluarga
Kegagalan untuk mendapatkan data peribadi anda boleh menyukarkan kami untuk memberikan anda kemaskini berhubung dengan perkhidmatan farmasi, notis, info kesihatan dan juga promosi terkini.
Pendedahan Data Peribadi
Kami akan sentiasa memastikan data peribadi anda tersimpan sulit. Walau bagaimanapun, data peribadi anda mungkin perlu didedahkan kepada pihak-pihak berikut:
- Mana-mana pihak yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang atau mana-mana badan atau pihak berkuasa kerajaan
- Mana-mana syarikat induk, anak syarikat, syarikat gabungan, wakil dan cawangan kami dalam mana-mana bidang kuasa Kumpulan Syarikat Gpharmax
- Mana-mana rakan kongsi perniagaan Kumpulan Syarikat Gpharmax yang menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda
- Mana-mana agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri seperti yang dikehendaki oleh undang-undang
- Mana-mana pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh Kumpulan Syarikat Gpharmax berhubung dengan program anjuran syarikat bagi tujuan penghantaran, penebusan hadiah dan perkhidmatan
Pengekalan Data Peribadi
Kumpulan Syarikat Gpharmax akan mengekalkan data peribadi anda dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan seperti di atas.
Jaminan Keselamatan Data Peribadi
Kami akan menyimpan dan memproses data peribadi anda dalam keadaan yang selamat tanpa unsur-unsur pencerobohan. Kami akan berusaha melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda dengan melaksanakan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi menghalang pemprosesan data yang menyalahi undang-undang, kehilangan atau kerosakan info data secara tidak sengaja.
Akses dan Pembetulan Data Peribadi
Kami bersedia membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang berada dalam milikan kami. Sekiranya anda berhasrat untuk mengakses atau membuat pembetulan, pemadaman atau pengemaskinian mana-mana data peribadi anda dengan kami, anda boleh:
- Menyemak penggunaan data peribadi anda oleh pihak kami
- Meminta pembetulan pada mana-mana data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini
- Meminta penjelasan dasar dan prosedur berkenaan dengan data peribadi anda yang diberikan kepada kami
- Meminta kami untuk menghentikan memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran
- Meminta kami untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda termasuk mengehadkan akses kepada pihak-pihak tertentu
- Memaklumkan kepada kami atas penarikan balik persetujuan anda yang diberikan sebelum ini tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dikenakan, syarat kontrak dan jangka masa yang munasabah bagi penarikan balik persetujuan tersebut
Tanggungjawab Anda Mengenai Data Peribadi Anda
Anda bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat yang tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan kepada kami berkaitan diri anda dan orang lain yang mana anda berikan kepada kami serta memberitahu kami sekiranya terdapat maklumat yang perlu dikemaskini, tidak lengkap atau salah.
Persetujuan
Persetujuan anda terhadap pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda oleh pihak kami adalah seperti yang dijelaskan di sini dan boleh berubah dari semasa ke semasa, sehingga anda memaklumkan kepada kami sebaliknya.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi atau sebarang pertanyaan berkaitan dengan apa-apa penggunaan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di talian 01156923187 atau emel kami di customerservice@gpharmax.com.